Pelik Dan Aneh! Wanita Dakwa Melahirkan Seekor Buaya

Pelik Dan Aneh! Wanita Dakwa Melahirkan Seekor Buaya

Pelik! Wanita Ini Mendakwa Melahirkan Seekor Buaya | Memang sukar diterima apabila difahamkan terdapat seorang wanita mendakwa dirinya telah melahirkan seekor buaya. Kelahiran itu berlaku sewaktu dirinya sedang melahirkan seorang bayi, kemudian keluar sebiji telur berwana putih. Justeru selepas itu, telur itu didapati pecah dan keluarlah seekor anak buaya. Ekoran daripada peristiwa itu, wanita ini telah menjadi perhatian di kawasan tempat tinggalnya.



Sinjai: Penduduk di daerah ini di Sulawesi Selatan heboh dengan kelahiran bayi lelaki yang mempunyai kembar seekor buaya.

Penduduk Sinjai dan kawasan bersebelahan berpusu-pusu mengunjungi rumah wanita bernama Huda, 40, untuk melihat kejadian aneh itu.

Anak buaya itu diletakkan di dalam besen berhampiran bayi berkenaan.

Ketika diwawancara wartawan, Huda mengaku mengalami kelainan ketika hamil kali ini, berbanding dengan sebelumnya.

Menurutnya, ketika melahirkan kandungannya di Dusun Bontosunggu di Sinjai Barat, Desa Terasa, dia hanya dibantu oleh suami, Marping. “Yang keluar bukan bayi, tetapi telur putih sebesar bola tenis. Tiba-tiba telur itu pecah dan seekor buaya berwarna hitam dan keemasan muncul. Perut saya tetap besar. Keesokan harinya, saya melahirkan pula bayi saya,” katanya.

Huda dan suaminya yakin anak buaya yang mereka namakan Nur Baya itu ialah kembar anak lelaki mereka yang diberi nama Muhammad Nur. – Kompas

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

9 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. rendang pun diaorang ley patenkan... apatah lagi benda2 ngarut camni....

    ReplyDelete
  3. msty die terminum air sg y ade tlur buaya kot...tp xkn xprasan telur buaya kn bsr...hurmmm

    ReplyDelete
  4. cerita dah lama sgt masa taun 90'n kot klu xsilap. kat sulawei selatan indonesia. sy sndiri dah pergi tgk. baby tu siap blh tdur dgr buaya kcik tu lgi.

    ReplyDelete
  5. Umur kmbr tu da 21 thn kot lau btl ni citer lama cam yg sy pernah dngr tu

    ReplyDelete

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)