TERKINI..Seorang Kanak-Kanak Lelaki Jatuh Dari Flat Tingkat 10 Koma Di ICU

                                                                       
                                                                                gambar hanya hiasan

TERKINI..Seorang Kanak-Kanak Lelaki Jatuh Dari Flat Tingkat 10 Koma Di ICU |KUALA LUMPUR 4 Jan. - Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun koma selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah flat di Taman Perindustrian Lembah Jaya, Ampang di sini semalam.
Ketika kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, ibu mangsa tiada di rumah kerana menghantar salah seorang anaknya ke sebuah sekolah berhampiran.

Wanita berusia lingkungan 30-an itu hanya menyedari kejadian apabila melihat anak lelakinya itu sudah terjatuh di atas bumbung sebuah kereta yang diletakkan bawah flat berkenaan.
Sumber berkata, kanak-kanak itu kini masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang, di sini, kerana kecederaan parah di kepala, patah kaki dan tidak sedarkan diri.


sumber
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)