PENDEDAHAN SEBENAR DADAH DI JAMPI OLEH SAMI BUDDHA SEBELUM DI HANTAR KE NEGARA ISLAM++Mesti Baca \Bekerja dengan kakitangan Penjara kajang menghadapi karenah banduan dan kakitangan penjara memberikan pengalaman yang berliku dan kadang2 memeningkan kepala. Tetapi pengalaman begitu ada baiknya, iaitu menjadikan kita lebih bijak dan berani dalam menghadapi pelbagai tingkah laku manusia.
Kompleks Penjara kajang dahulunya mengandungi 4 empat bahagian utama, iaitu Penjara Utama, Penjara Bhg Rawatan dan Pemulihan Dadah (RPD), Penjara wanita Kajang dan Kem Pra Bebas. Ada kawan2 mengatakan sekarang sudah ada banduan/pesalah Juvana dan Serenti juga ditempatkan di Penjara kajang. Bilangan keseluruhan hampir mencapai angka 5000 orang. Hampir semua kesalahan yang terdapat dalam perundangan negara terdapat di Penjara Kajang. Daripada kes mencuri ayam, membakar sekolah, khalwat, liwat, rompak bank, jual kad pengenalan, jual CD haram, merempit, pendatang tanpa izin, curi motor dan seribu satu lagi kesalahan.
Setiap hari pagi dan petang pihak Polis akan datang menbawa pesalah baru. Bilangannya boleh dikatakan semakin hari semakin banyak. Kadang2 satu trak penuh, bahkan kadang2 dua trak. Sekiranya mereka banduan lelaki, mereka akan didaftarkan di Penjara Utama. Selepas melepasi pintu besar mereka akan dibawa ke Pejabat Rekod untuk direkodkan semua identiti peribadi.
Di Pejabat Rekod ini mereka akan diambil nama, no. i/c, alamat, no. ahli keluarga atau saudara terdekat yang boleh dihibungi. Mereka juga dimestikan membuka baju untuk mempastikan terdapat tanda kekal yang mudah dikenali pada tubuh mereka seperti parut. Di samping itu mereka juga akan dicatatkan warna kulit, warna anak mata dan warna rambut di samping ketinggian dan berat.
Mereka juga akan ditanya dan diperiksa mengenai hartanya yang ada semasa ditangkap. Contohnya pakaian apa yang dipakainya semasa dihantar ke Penjara, berapa duit yang ada dalam dompetnya, tentang telefon bimbitnya. Selalunya ramai bandauan yang mengadu sebahagian duit yang berada dalam dompetnya akan berkurangan diambil oleh pihak polis semasa berada di lokap polis semasa direman.
Harta milik mereka akan diletakkan dalam satu tempat khas dan akan diberikan kembali bila hari pembebasan mereka. Seterusnya mereka akan menukar pakaian dengan pakaian banduan, diberikan nombor badan dan sebiji bekas air (bekas untuk mengisi air minuman) sebelum dihantar ke blok.
Pegawai yang bertugas di bahagian rekod sebenarnya amat mahir dengan pengiraan berapa lama seseorang pesalah itu ditahan dalam penjara. ada setengah banduan akan dikira bermula dari tarikh tangkap, manakala sebahagian yang lain pula bermula dari tarikh dijatuhkan hukuman. sesetengah orang awam kurang memahami tentang hukuman penjara yang dijatuhkan kepada seseorang pesalah. mereka menganggap sekiranya sekiranya seorang itu dijatuhkan hukuman 10 tahun, maka sepuluh tahunlah dia akan dipenjarakan. anggapan ini sebenarnya salah.
sebenarnya bagi setiap hukuman terdapat cara pengiraannya yang menyebabkan semakin berkurangnya tempoh penahanan seseorang pesalah. contohnya, pesalah yang dikenakan hukuman 10 tahun, dia mungkin akan dikenakan penjara lebih kurang 6-7 tahun sahaja setelah dikira balik. pegawai yang bertugas di bahagian rekod amat mahir dengan pengiraan ini dan dapat melakukannya dengan pantas.
Sesuatu yang agak menarik di sini, setiap banduan yang baru masuk akan ditanyakan sama ada mereka ada me'roket' barang larangan tertentu. Sekiranya mereka disyaki meroket, maka pihak penjara ada cara2 yang tertentu untuk mengeluarkan barang roket tersebut. Selalunya mereka memasukkan benda tersebut dalam lubang dubur.
Kadang2 suasana di Pejabat Rekod amat 'panas'. Ini disebabkan suasana banduan baru yang ramai dan berbagai2 perangai. Kata2 kesat dan maki hamun adalah perkara yang biasa didengari ketika itu. Ketika ini juga pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pegawai Agama daripada JAKIM akan sama2 menemuduga banduan2 tersebut. Pegawai kebajikan akan bertanyakan apa2 perkara yang boleh ditolong seperti menghubungi keluarga, menghubungi peguam, mahu membuat rayuan dan lain2
Manakala pegawai Agama akan menemuduga banduan2 Islam untuk mengetahui tahap pengetahuan agama masing2 untuk memudahkan proses pemulihan berteraskan agama di penjara. Mana2 yang berminat mahu belajar agama dan mempunyai asas agama yang lemah akan dicadangkan supaya menjalani kelas agama. Banduan juga akan ditanya kemahirannya untuk memudahkan pembahagaian kerja dalam penjara.
Pejabat rekod juga kadang2 digunakan sebagai tempat pertemuan antara tahanan/banduan dengan peguam yang diwakilinya. pihak penjara akan menyediakan sebuah bilik khas dengan dikawal oleh seorang wader apabila ada permohonan daripada pihak peguam yang dilantik oleh banduan untuk bertemu banduan tersebut. aku biasa berjumpa karpal singh dan lain2 peguam datang ke penjara kajang untuk berjumpa dengan banduan yang diwakilinya.
Sebenarnya lebih daripada separuh banduan di Penjara Kajang adalah Melayu yang semstinya beragama Islam. Kebanyakannya dipenjarakan kerana kes yang berkaitan dengan dadah. Contohnya sekiranya mereka mencuri, biasanya mencuri kerana ketiadaan wang untuk membeli dadah. Kes mendera isteri dan anak ada hubungan dengan penagihan dadah. Bermacam2 lagi kes jenayah yang melibatkan dadah. Inilah nasib anak2 Melayu yang mana merosakkan masa depan dengan menghisap dadah, sedangkan yang mengeluar dan mengedar adalah orang berbangsa asing!
Apabila ditanya tentang dari mana didapati sumber bekalan dadah, dengan senang hati dan tersenyum dia menyatakan terlalu mudah mencarinya. Dimana2 sahaja boleh dicari. Mereka mudah sahaja mencari kaki2nya dan 'port' nya. Dalam Penjara sendiri pun bekalan boleh di dapati. Sampaikan tahap boleh memilih jenis mana yang dikehendaki. Katanya ini berlaku bila ada di kalangan orang dalam yang 'bermasalah' dan menerima upah daripada tauke luar. Sungguh sukar nak dibanteras walaupun pihak polis ada juga menyamar sebagai banduan untuk menangkap penjenayah orang dalam ini.
Menurutnya perniagaan dadah adalah perniagaan yang amat menguntungkan. Di zaman ini perniagaan yang paling senang dan menguntungkan adalah perniagaan perempuan dan dadah. Dadah 10 kilo boleh membikin seseorang itu memiliki duit puluhan ribu ringgit dalam sekelip mata. Di Malaysia, cara pembekalan dadah dikhaskan kepada warna tertentu bagi tiap2 negeri untuk memudahkan penghantaran dan pembahagian. Pasar borong Selayang adalah 'port' yang paling besar. Begitu juga dengan Chow Kit dan Flat Samping di Pudu.
Ada seorang teman yang memberitahu aku bahawa dadah sebenarnya di negara2 burma dan lain2 negara yang ada penganut buddha, dadah itu akan disembahkan dulu didepan patungnya. dadah itu akan dibaca mentera buddha oleh saminya supaya akan mendatangkan ketagihan yang dasyat kepada penggunanya. selepas disembahkan kepada tokong dan patung, maka barulah diedarkan kepada negara yang mempunyai ramai umat Islam. apabila seseorang itu kali pertama pekena dadah, maka amat sukar, bahkan boleh dianggap mustahil untuk meninggalkannya. ini disebabkan kesan dadah tersebut yang bersifat menagihkan dan kesan jampi serapah oleh sami buddha dihadapan tokong!
0 comments:
Post a Comment
Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)