Mesti Tengok ! ( VIDEO ) Burung Bowerbirds Pandai Menghias Sarang Dan Paling Romantik !!

Mesti Tengok ! ( VIDEO ) Burung Bowerbirds Pandai Menghias Sarang Dan Paling Romantik !! | Burung merpati dikenali romantis kerana kesetiaannya , namun ternyata mereka bukan satu - satunya . Ada jenis burung lain yang dikenali lebih romantis iaitu Bowerbirds .   jantan dikenali dengan kemampuan seni bina yang tinggi dalam memikat burung betina.

 Mereka mampu membuat sarang yang indah dari pelbagai bahan yang ditemuinya untuk menarik burung betina . Tidak hanya ranting atau daun , barangan dari sampah seperti duit syiling , straw , tutup botol hingga serangga kecil juga digunakan sebagai hiasan sarang . Sarang nampak bersih itu disebut Bowers yang biasanya berbentuk U dibina dari ranting dan rumput serta permaidani lumut .

 Menariknya , tidak hanya sarang namun juga komplit seperti rumah pada umumnya . Ya , bowers mempunyai pekarangan hingga seluas 5 meter lengkap dengan bumbung jerami dan tiang sokongan . Uniknya lagi , bowerbirds selalu menggunakan warna biru sebagai elemen sarangnya .

 Menurut kajian , rupanya burung betina lebih tertarik dengan warna biru yang jarang ditemui di persekitaran mereka . Jika burung jantan boleh mengumpul warna biru maka akan kelihatan lebih menarik  . Namun persaingan yang senggit akhirnya sarang yang indah saja tidak cukup dan membuat burung jantan perlu menari untuk menarik perhatian . Biasanya itu dilakukan ketika burung betina melawat sarangnya untuk kedua kali setelah menilai keindahan pembinaan .

 Tarian itu berupa mengepakkan sayap disertai gerakan kedepan  kebelakang dan siulan yang penuhi bertenaga . Para penyelidik mengatakan bahawa Bowerbirds betina sama seperti manusia dalam memilih burung jantannya . Mereka melakukan penilaian berkali - kali dengan banyak keperluan , termasuk penampilan fizikal dan keindahan sarang .







Jom saksikan video berikut : 
 






Sumber
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)