TERBARU..Banduan Mengaku Membunuh Isterinya Dalam Keadaan Dirinya Mabuk

alt

TERBARU..Banduan Mengaku Membunuh Isterinya Dalam Keadaan Dirinya Mabuk |SELAYANG 6 Nov - Seorang bekas banduan hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan membunuh isterinya pada minggu lalu.
 
Tertuduh, M Pugumeswaran,35, yang yang baru dibebaskan bulan lalu disabitkan tuduhan membunuh K Murugamal, 36, pada jam 9.20 malam di kediamannya di No.18, Ladang Bukit Darah, 27 Oktober lalu.
 
Pertuduhan tersebut telah dibacakan dihadapan Majistret, Nurul Izzah Hasan Basri tanpa sebarang pengakuan direkodkan dari pihak suspek.
 
Mahkamah juga menetapkan 9 Disember depan untuk sebutan semula bagi menunggu laporan bedah siasat.

Suspek dilaporkan melakukan perbuatan itu setelah menuduh isterinya menjalinkan hubungan sulit bersama lelaki lain.

Suspek yang menggunakan pisau menikam isterinya beberapa kali di bahagian belakang badan berada dalam keadaan mabuk.
 
Mangsa sempat melarikan diri ke rumah jiran dalam keadaan berlumuran darah untuk meminta bantuan sebelum meninggal dunia. 


Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)