PANAS! TANPA JOHAN AS'ARI LANA TETAP MAHU BERUBAH++CANTIK SANGAT LANA BERHIJAB

PANAS! TANPA JOHAN AS'ARI LANA TETAP MAHU BERUBAH++CANTIK SANGAT LANA BERHIJAB | Hasrat Lana Nordin ingin dibimbing menjadi muslimah yang lebih baik selepas mengenali aktor Johan As'ari, 27, tetap akan meneruskan niatnya itu walaupun mereka kini sudah putus cinta.

"Sebenarnya saya mahu berubah ke jalan yang diredhai Allah sebelum mengenali Johan lagi dan saya beritahu hasrat itu kepada Lisdawaty (pelakon).

"Jadi, apabila Johan bersungguh-sungguh mahu memperisterikan saya, terus saya anggap dialah yang akan membimbing saya. Tetapi apabila keadaan sudah berubah (putus cinta), saya tetap akan teruskan niat untuk menjadi muslimah yang baik," katanya

Bagaimanapun Johan menerusi kenyataanya di sebuah akhbar pada Rabu mengumumkan perpisahan cinta mereka selepas sebulan berkasih berikutan tidak direstui keluarga Johan.

Sementara itu, Lana yang sebelum ini sering menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki berbangsa Inggeris berkata, dia akan berhati-hati selepas ini dalam ingin menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki Melayu.

"Bukan tidak percayakan lelaki Melayu. Takkanlah kerana Johan, saya isytiharkan lelaki Melayu semuanya sama. Itu tidak adil. Cuma selepas ini saya perlu berhati-hati." uj
arnya.-SUMBER


Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)