MESTI BACA !! 9 Fakta (Atau Auta?) Menakjubkan Tentang Taj Mahal

MESTI BACA !! 9 Fakta (Atau Auta?) Menakjubkan Tentang Taj Mahal 

Merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban dunia, Taj Mahal memang cukup indah dari segi binaan dan sejarahnya.

Dibina oleh Maharaja Shah Jehan Mughal untuk isteri ketiganya, iaitu Mumtaz Mahal. Taj Mahal yang lengkap dengan binaan, senibina, seni dan kaligrafi yang menakjubkan itu siap dibina dalam masa 22 tahun.

Diiktiraf sebagai salah satu daripada tapak warisan dunia oleh UNESCO, Taj Mahal yang menggabungkan pembinaan makam, masjid, taman, gerbang dan mata air menampilkan senibina abad ke-16 yang diinspirasi dari seni Islam.

Selain itu, Taj Mahal juga merupakan contoh terbaik yang menggambarkan ciri-ciri senibina Mughal yang menggabungkan elemen-elemen senibina dari Parsi, Turki, dan juga India.

Oklah, sekarang ADMIN akan  memaparkan 9 fakta (atau auta?) menakjubkan tentang Taj Mahal, yang mungkin betul dan mungkin sahaja khabar angin. Biasalah, ratusan tahun punya cerita pasti ada mitos dan tambah cerita.

1. Nama sebenar Shah Jehan adalah Khurram, manakala nama sebenar Mumtaz Mahal adalah Arjumand Bano Begun. Mumtaz Mahal bermaksud 'istana yang paling gemilang'.

2. Lebih daripada 2000 model telah dibuat sebelum maharaja memilih reka bentuk terakhir yang diingininya.

3. Untuk mengangkut bahan binaan ke tapak binaan, lebih daripada 1000 ekor gajah telah digunakan.

4. Beribu-ribu pekerja telah dipotong tangan mereka selepas siap pembinaan Taj Mahal tersebut untuk memastikan bahawa mereka tidak dapat membina bangunan yang meyerupai Taj Mahal lagi.

5. Pelbagai jenis batu permata yang unik telah digunakan untuk menghiasi istana tersebut namun kebanyakan daripadanya telah dicuri atau musnah semasa peperangan yang terjadi selepas itu.

6. Taj Mahal boleh bertukar warna pada siang hari. Bergantung kepada jumlah cahaya matahari dan cahaya bulan yang diterima, marmar pada kubah Taj Mahal boleh bertukar warna.

7. Senibina yang terdapat pada Taj Mahal memaparkan simetri yang sempurna pada semua bahagian kecuali pada bahagian makam di mana makam Shah Jehan lebih besar berbanding makam Mumtaz Mahal kerana nilai-nilai Islam yang lebih mementingkan lelaki berbanding wanita.

8. Tumbuh-tumbuhan yang terdapat pada taman di Taj Mahal dibawa dari Turki, manakala batu marmar pula dari Makarana, Rajasthan, Punjab, China, Sri Lanka, negeri-negeri Arab, Tibet dan Afghanistan.

9. Bahagian tiang yang terdapat pada bahagian luar Taj Mahal telah dibina dengan kecondongan yang menghadap ke luar, supaya apabila berlaku gempa bumi, tiang yang tumbang tidak akan menghempap bahagian istana.

sumber

Share on Google Plus

About A.At

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)