gambar sekadar hiasan
KEJAM! SEORANG REMAJA MEROGOL BAYI BERUSIA 9 BULAN | Bayi perempuan berusia 9 bulan dipercayai telah dirogol oleh seorang remaja lelaki di Taman Desa Ria, Petaling Jaya, Selangor.
Ibu kepada bayi tersebut yang bekerja sebagai seorang kerani mendapati terdapat kesan darah pada lampin ketika dia membersihkan anaknya dirumah mereka pada hari Selasa lalu.
Ibunya bertambah terkejut setelah melihat kesan darah itu berpunca daripada vagina bayi perempuannya. Setelah membawa bayi tersebut ke Hospital Kuala Lumpur, doktor memberitahunya kecederaan itu mungkin berlaku akibat dirogol.
Bayi itu sebelum ini dihantar ke rumah pengasuh iaitu jirannya sendiri pada kira-kira 8.30 pagi dimana kejadian itu dipercayai berlaku.
Ibu berusia 27 tahun itu tanpa membuang masa membuat laporan polis di Balai Dang Wangi. Remaja lelaki itu kini dirujuk kepada Malacca Action Group for Parents in Education (Magpie) sementara siasatan dijalankan.
Menurut Magpie, jenayah dilakukan remaja bawah umur biasanya akibat daripada terpengaruh dengan bahan lucah termasuk video dan laman web dewasa yang ditonton mereka.
Ini bukan kejadian pertama jenayah seksual dalam kalangan remaja bawah umur. 7 November lalu, seorang budak perempuan berusia 6 tahun dilaporkan dirogol oleh budak lelaki yang berusia 11 tahun di Melaka, sekaligus mungkin mencatat sejarah sebagai perogol paling muda di negara ini.
0 comments:
Post a Comment
Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)