(JOM BACA) BAHAYA MEMAKAI CERMIN MATA HITAM MURAH KEPADA MATA

(JOM BACA) BAHAYA MEMAKAI CERMIN MATA HITAM MURAH KEPADA MATA | Benarkah Cermin Mata Hitam Murah Berbahaya Untuk Kesihatan | Berkemungkinan ramai di antara kita yang gemar menggunakan cermin mata hitam atau spek hitam yang murah yang biasa didapati di pasar malam dan sebagainya. Tetapi ramai yang tidak tahu akan bahaya yang bakal menimpa apabila kita menggunakan atau memakai spek matahitam yang murah ini. Walaupun ia dilihat seperti satu perkara yang biasa, namun kesannya pada masa akan datang nanti.
                  
                                                           Gambar sekadar hiasan
Satu kajian yang dilakukan di UK menemui bahawa pemakaian spek mata hitam yang harganya murah ternyata dapamenyebabkan pelbagai masalah mata seperti astigmatisme dan sakit kepala.
Hal ini disebabkan kerana kebanyakan spek mata hitam murah tersebut tidak menepati standard ujian laboratorium untuk sebuah spek mata penghalau cahaya matahari. Beberapa spek mata yang diujikaji ternyata memiliki kesan cahaya lentur dan dapat menyebabkan penglihatan terjejas atau sakit kepala kepada beberapa orang pemakai.
“Meskipun masalah ini tidak akan menyebabkan kerosakan penglihatan jangka panjang, namun akan tetap menimbulkan rasa tidak selamat, kerana  spek mata- spek mata tersebut tidak memenuhi standard untuk dipakai” jelas Joanna Pearl, lembaga kesihatan UK.
Pearl menyarankan bagi orang yang ingin membeli kacamata hitam penghalau cahaya matahari sebaiknya mereka meneliti pemenuhan standard daripada lembaga kesihatan negara masing-masing. Agar terhindar dari masalah penglihatan yang mengancam mata.
“Seperti jika di UK anda harus memeriksa tanda CE, yang wajib pada produk yang dipersetujui untuk dijual di Eropah, dengan kod 1836:2005 dari British Standard.



Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)