Abby menikah di Thailand, mahu cepat elak maksiat

 Abby menikah di Thailand, mahu cepat elak maksiat



Selain perkahwinan Ashraf Muslim dan Wan Sakinah yang didedahkan minggu lalu, pernikahan Abby Abadi dan seorang pemuda berusia 24 tahun juga menjadi bahan bualan ramai peminat hujung minggu lalu.

Dengan situasi pernikahan beliau yang nampak tergesa gesa, ada yang timbulkan spekulasi mengatakan Abby Abadi dan suaminya itu bernikah di selatan Thailand sebagai jalan mudah.

"Ya saya bernikah di Thailand. Tidak ada masalah pun dalam undang undang Islam bernikah di negara jiran, tetapi saya mempermudahkan yang payah," ujar Abby Abadi berterus terang kepada Harian Metro.

"Benda itu (bernikah di luar) tak jadi masalah pun, Allah SWT kita perlu dahulukan, jadi saya dah lepas dengan Allah SWT — maksudnya kita dah bernikah itu yang terbaik"

"Jadi untuk dengan manusia pula sekarang inilah saya patut terangkan. Dah tertulis macam itu, tak apa yang penting Allah SWT dulu, yang penting saya dapat elak dosa," tambah Abby Abaid lagi.

Suami Abby Abadi, Muhammad Noor Farhan Che Bakar pula kongsikan yang majlis persandingan mereka akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 31 Ogos ini manakala di Tumpat, Kelamtan pada 6 September depan.

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. Betul cakap Abby. Kat Malaysia ni payah nak kawin. Orang pejabat Agama banyak redtape nya. Kena buat gitu, kena buat gini. Masa terbuang / Kerja lain banyak lagi nak buat. Dia orang pegang nasib orang di tangan mereka, kena ikut cara mereka walau pun tak sesuai dengan keadaan semasa. Kawan saya nak kawin je, dia orang tolak sana , tolak sini . Last-last kawin kat Thailand juga. Masa saya dulu, siap kena marah lagi kerana nak kawin cepat. Dia tak tahu gelombang cinta tu macammana apabila Tuhan dah tentu kan untuk menyatukan dua hati. Lebih-lebih lagi dah janda, lagi lah kena cepat.

    Saya doakan Abby bahagia.Ameen.

    ReplyDelete

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)