Terbaru ! Anggota Polis Mabuk Diambil Tindakan Serta-Merta !


Terbaru ! Anggota Polis Mabuk Diambil Tindakan Serta-Merta ! | Selepas penyebaran 4 gambar anggota polis mabuk di laman sosial, pihak atasan mereka telah bertindak pantas mengenal pasti anggota terbabit. Mengikut maklumat daripada Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan, kedua-dua anggota polis terbabit telah diambil tindakan serta-merta !

polis mabuk


Berita dari SinarHarian

Anggota Polis Mabuk Diambil Tindakan

anggota polis mabuk

SHAH ALAM - Ekoran penyebaran gambar dua anggota polis yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol semasa menjalankan tugas rondaan, kedua-dua identiti anggota tersebut telah dikenal pasti.

Menurut kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan, melalui akaun Facebook Polis Diraja Malaysia  malam ini, kedua-dua anggota terbabit telah ditukarkan serta-merta tempat penugasan dan siasatan lanjut berkaitan insiden itu sedang dijalankan.

Beliau berkata, PDRM memandang serius kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana anggota yang didapati mengabaikan tanggungjawab menjaga keselamatan masyarakat.

"PDRM juga tidak akan melindungi dan berkompromi dengan pegawai dan anggota yang telah melakukan kesalahan yang boleh menjejaskan imej pasukan.

"Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada PDRM sekiranya mendapati mana-mana pegawai dan anggota polis yang melakukan kesalahan dan tidak berintegriti," katanya.


Diharapkan kejadian ini membuka mata semua pihak samada kerajaan, anggota keselamatan mahupun rakyat. Diharapkan selepas tindakan ke atas anggota polis mabuk ini memberi pengajaran kepada kita .
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)