PANAS! Ibu Fasha Sandha Mengamuk Dengan Nora Danish



      

PANAS! Ibu Fasha Sandha Mengamuk Dengan Nora Danish |KUALA LUMPUR 12 Januari - Akibat tidak tahan dengan komen-komen yang mengaitkan keluarganya dengan ilmu sihir, ibu kepada pelakon Fasha Sandha hari ini telah mengeluarkan kenyataan keras di akaun Facebook miliknya.

Ibu Fasha Sandha, Hatijah Teh Man yang menggunakan nama Eja Sandha di laman sosial itu melenting dengan sebahagian daripada peminat pelakon Nora Danish yang dikatakan menghentam anaknya berkaitan isu ilmu sihir.

Malah, di dalam statusnya itu juga, Hatijah membuat kenyataan bahawa Nora Danish sendiri ada bercakap mengenai ilmu sihir seolah-olah mahu menuduh keluarganya terlibat dengan amalan itu. - UTUSAN ONLINE




                               
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)