Seorang Tentera Laut Dibelasah Hingga Koma Oleh Sekumpulan Lelaki

Seorang Tentera Laut Dibelasah Hingga Koma Oleh Sekumpulan Lelaki | Alor Gajah: Insiden dibelasah sekumpulan lelaki tidak dikenali di pusat snuker, seorang lelaki yang juga bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini terlantar koma lebih lima tahun di Kampung Tanjung Dahan, Kuala Sungai Baru, di sini.
Tragedi malang itu menimpa Erisham Ibrahim, 28, ketika dia bermain snuker bersama beberapa rakan setugasnya di sekitar Lumut, Perak, sebelum didatangi sekumpulan lelaki yang bertindak ganas memukulnya dengan teruk sehingga rebah.
Sejak kejadian ngeri itu, mangsa yang masih bujang dan berkhidmat kurang 10 tahun hidup derita di atas katil dan dibantu alat membuang air kecil dan besar.

Neneknya, Fatimah Abu, 73, berkata, lebih menyedihkan apabila ibu bapa Erisham tidak mengambil berat keadaan anak bongsu daripada lima beradik itu yang dijaga ibu saudaranya yang juga orang kelainan upaya (OKU) sejak dilahirkan.
Foto
ERISHAM hanya mampu menangis dan ketawa.

“Saya diberitahu, ketika kejadian hitam itu, dia (Erisham) masih berkhidmat sebagai anggota tentera dan kejadian tanpa diduga itu membuatkan saya terkejut sebelum dimaklumkan dia cedera parah di tempurung kepala dan koma.

Share on Google Plus

About mariasyahiza zainudin

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)