Lelaki Kecewa Cinta Dihalang Keluarga Bakar Kereta Bapa Kekasih

Lelaki Kecewa Cinta Dihalang Keluarga Bakar Kereta Bapa Kekasih |Segamat: Gara-gara hubungan cinta dihalang, seorang lelaki sempat mengejutkan teman wanitanya daripada tidur sebelum meminta melihat dia membakar kereta milik bapa wanita berkenaan, kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 3.30 pagi di Taman Seri Chaah, Chaah di sini, lelaki berusia 25 tahun itu memanggil nama teman wanitanya sebelum wanita berkenaan menjenguk melalui tingkap bilik.
Ketua Polis Daerah Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, lelaki terbabit kemudian meminta wanita itu menyaksikan dia membakar kereta PROTON Wira berkenaan dengan sejenis bahan bakar.

“Wanita berusia 20-an yang terkejut dengan tindakan itu terus mengejutkan keluarganya.
Foto
KERETA PROTON Wira milik bapa seorang wanita dibakar teman lelakinya di Taman Seri Chaah, Segamat. FOTO AHMAD ISMAIL

“Usaha keluarga berkenaan memadamkan api gagal manakala pasukan bomba dan penyelamat yang tiba kemudian tidak sempat menyelamatkan kenderaan berkenaan yang hangus keseluruhannya,” katanya, semalam.

Wanita berkenaan berada di rumah keluarganya kerana sedang bercuti daripada pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di utara tanah air.

Menurut Mohd Kamil, bapa wanita berkenaan yang berusia 50-an dan bekerja di sebuah syarikat swasta di pekan Chaah melaporkan kejadian di Balai Polis Chaah.

Mohd Kamil berkata, pihaknya menahan suspek di sekitar pekan itu tidak lama kemudian.

“Suspek warga tempatan dan tidak mempunyai pekerjaan tetap. Dia kini direman bagi membantu siasatan.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek mendakwa tidak puas hati dengan tindakan keluarga wanita berkenaan yang tidak merestui hubungan mereka,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan bahan bakar.

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)