Tragedi Ngeri Ragut Nyawa Di Marang

Tragedi Ngeri Ragut Nyawa Di Marang | MARANG - Sepasang suami isteri maut selepas kereta Perodua Kancil yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan ngeri di Kilometer 47 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Kampung Air Putih di sini semalam.
Kejadian pukul 4 petang itu menyebabkan Mohamed Hanafi Abdul Manaf, 62, dan isterinya, Rabiah Mat Hussin, 55, dari Kampung Bukit Tiong, Dungun tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Kemalangan dikatakan berlaku apabila sebuah lori dari arah Dungun menghala ke Kuala Terengganu cuba memotong sebuah kenderaan sebelum bertembung dengan kereta mangsa yang datang dari arah bertentangan.
RABIAH


                        HANAFI
Impak dari kemalangan tersebut menyebabkan kereta dinaiki pasangan itu berpusing dan menyebabkan kecederaan parah ke atas kedua-dua mangsa.
Difahamkan, sebuah van yang berada di belakang kenderaan mangsa turut dirempuh lori terbabit. Pemandu van dan pemandu lori itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)