KENAIKAN HARGA TOL DITELITI SEMULA



KENAIKAN HARGA TOL DITELITI SEMULA | KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji dan meneliti kadar baharu tol lebuh raya supaya tidak memberi keuntungan yang tidak munasabah kepada syarikat konsesi lebuh raya sehingga membebankan rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) berkata, kerajaan juga sedang mencari jalan untuk mengurangkan beban rakyat termasuk memberi pas bermusim dengan diskaun kepada pengguna yang kerap menggunakan lebuh raya.
"Kita tidak mahu pemegang konsesi dapat pulangan yang terlalu tinggi, ini kerajaan sedang teliti, jangan kenaikan ini beri keuntungan yang tak munasabah kepada pengusaha tol.
"Kita sedang mencari jalan bagaimana kalau ada cara lain. Mungkin bagi pengguna yang kerap, kita boleh bagi pas bermusim dengan diskaun kepada mereka. Ini langkah-langkah yang kita sedang fikirkan," katanya dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Tahunan ke-60 MCA di Wisma MCA di sini semalam.
Beliau berkata, kutipan tol di lebuh raya adalah perlu dan tidak dapat dielak kerana syarikat konsesi perlu membayar balik pinjaman yang digunakan untuk membiayai pembinaan lebuh raya.
"Bila sektor swasta buat lebuh raya, mereka kena pinjam duit. Anda adalah peniaga, bolehkah anda keluarkan sendiri dana RM5 juta? Anda perlu meminjam, anda perlu ke pasaran bon dan perlu membayarnya.
"Duit dari mana, daripada tol. Kalau tak ada tol, kena naikkan cukai. Bagaimanapun, tol dikenakan kepada orang yang gunakan jalan lebuh raya sahaja," katanya. 


SUMBER KOSMO
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)