Zaryl Hakiem Part 3


Zaryl Hakiem Part 3 | Terkedu seketika Shima dan Anis."Err,tak ada apa-apa cikgu."jawab Shima yang lebih berani daripada Anis."Jika tiada apa-apa,tolong berikan tumpuan ketika pelajar baru memperkenalkan diri."tegas arahan yang diberikan Cikgu Fatimah.Shima dan Anis hanya menganggukkan kepala.

"Saya anak ketiga daripada enam adik-beradik.Ayah saya jurutera Jabatan Kerja Raya dan mak saya pula suri rumah."Zaryl meneruskan kata-kata selepas Cikgu Fatimah habis bercakap.Zaryl terus berdiam diri.Tidak tahu apa lagi yang perlu diberitahu kepada kawan-kawan baru dan gurunya.

Sekadar hiasan

"Zaryl,ada apa-apa lagi yang nak diperkenalkan tentang diri kepada kawan-kawan semua?"tanya Cikgu Fatimah."Tak ada cikgu.Saya budak biasa saja dari kampung.Harap cikgu dan kawan-kawan dapat beri tunjuk ajar."balas Zaryl bersungguh-sungguh."Baiklah Zaryl,awak boleh duduk di meja kosong di belakang sana." Cikgu Fatimah menunjukkan arah kerusi dan meja yang kosong di sebelah Saiful,di belakang Zarul.

Zaryl mengangkat begnya ke meja yang telah disediakan.Sampai sahaja Zaryl di meja tersebut,Zaryl disambut dengan senyuman daripada Saiful.Tangan dihulur dan nama pun diperkenalkan."Saya Saiful Shahadan.Asal Tanjung Tualang."Sambil meletakkan beg di belakang kerusi,Zaryl membalas dengan senyuman.

Zarul berpusing ke belakang.Sambil menghulurkan tangan,Zarul memperkenalkan dirinya."Nama kita hampir-hampir sama la.Engkau Zaryl Hakiem,aku Zarul Hazieq."kata Zarul kepada Zaryl."Zarul Hazieq Muslim.Sila pandang depan.Nanti kenalkan diri tu.Tak lari ke mana Zaryl tu."tiba-tiba satu suara berbunyi dari arah belakang Zarul.

Bersambung..
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)