Budak couple seminggu punya hal,orang tua yang bergaduh sakan
Semenjak kebelakangan ini, video ‘Budak Couple Seminggu’ menjadi viral di laman-laman sosial.
Mana tidaknya, video tersebut menjadi bualan ramai apabila umum tidak menyangkakan perhubungan yang baru terjalin selama seminggu sedia dihebahkan.
Tambah menarik, semalam gadis comel bernama Puteri Awani itu telah memuat naik video ‘gwiyomi’ menerusi laman sosial Youtube.
Tidak sampai 24 jam video tersebut dimuat naik, hampir 10 ribu penonton telah menonton video berkenaan.
Seperti biasa, pastinya akan terpacul dari mulut-mulut komentator sama ada komen positif mahupun negatif.
Bukan sekadar memberi komen, malah ada juga dalam kalangan komentator yang bergaduh di dalam laman sosial tersebut.
Ada pihak yang terus menghentam serta mengkritik tindakan Puteri Awani itu, pada masa yang sama ada juga mereka yang ‘back up’ gadis tersebut.
Terlintas juga di fikiran, kenapa yea perlu bertekak bersungguh-sungguh disebabkan oleh sebuah video?
Bagi penulis, itu menjadi hak peribadi kepada mana-mana pihak untuk memuat naik sebarang video di laman sosial.
Namun awas!
Si pembuat video harus sedar bahawa video dimuat naik di laman sosial, maka akan adalah jutaan manusia memerhati dan juga meluahkan komen-komen mereka.
Sumber
MrKopiLekat punya ulasan - Haa,udah2 la tu bergaduh pasal budak ni..nama pon masih budak..dorang akan belajar dari kesilapan nanti..kita yg tua ni,bg cntoh terbaik jer..=)
Tapikan...sepatutnya kita sbgai org tua kne tgur bdk ni..juz pendapat..tapi tak perlu lah sampai bergadu sesama sendiri...hilang nikmat puasa...:)
ReplyDeletekesian budak ni...masa buat video mesti tk sedar impact yg akn berlaku..semoga jadi pengajaran buat semua..supaya sebelum buat satu2 perkara ingat Allah..ingat Rasulullah..ingat Islam...ingat mak ayah kita..ingat maruah kita....terlajak perahu boh diundur tu pn klu arus tak kuat.begitulah kehidupan ini....buat putri ..ambik iktibar dr sejarah ini.senyum tk perlu kata apa2.salam ramadhan to all...tingkatkan iman..tingkatkan ibadah dan tingkatkan prestasi supaya jadi muslim yg berjaya dunia akhirat'
ReplyDeleteI lngsung xtau pokok pangkal citer ttg bdk ni
ReplyDeleteapa kena dengan budak niy sebenarny? aku tak faham!!
ReplyDeletevid dia tu bkn buat apapun , just buat janji je dgn pakwe dia .. so , knp rmai yg tak puas hati erk ? tak paham ak .. lgpun dia akan bljr dari silap dia jgk tu . jgn suka2 je hentam anak org , kalau btl nak bg nasihat , guna cra yg elok skit la ..
ReplyDeletetranslate ploxx....
ReplyDeleteini semua dunia.....
ReplyDeletediorang ni xde keje laen ke
ReplyDeletedduk transfer pahala kehulu kehilir
poyo sume nih