WAJIB BACA..TIPS Cara Membuat Resume Yang Mantap++Sesuai Kepada Yang Nak Mintak Kerja



WAJIB BACA..TIPS Cara Membuat Resume Yang Mantap++Sesuai Kepada Yang Nak Mintak Kerja Resume merupakan perantara bertulis yang mengandungi maklumat peribadi, kelayakan akademik, kebolehan dan pengalaman bekerja. Cara penyampaian hendaklah ringkas, padat dan menarik.

Perbezaan Resume dengan Curriculum-Vitae (CV)
Kandungan CV lebih terperinci yang mengandungi maklumat peribadi, latar belakang akademik, kemahiran, penerbitan, projek, anugerah, kajian-kajian yang dijalankan beserta pengalaman kerja yang terperinci dan panjang. Biasanya bersesuaian dengan pekerja yang ingin meningkatkan kerjaya dan golongan profesional.


Jenis-jenis Resume 
Terdapat beberapa jenis Resume yang selalu digunakan untuk tujuan memohon kerja. Bergantung kepada keperluan masing-masing, anda bolehlah memilih untuk menggunakan sama ada Choronological Resume, Functional Resume ataupun Combination Resume.

Chronological Resume
Chronological resume adalah struktur resume yang tradisional. Seksyen pengalaman menjadi fokus kepada jenis resume ini. Setiap pekerjaan (atau beberapa pekerjaan yang terakhir) diterangkan secara terperinci, dan tiada seksyen major tentang kemahiran dan pencapaian pada permulaan resume. Resume ini biasa digunakan apabila seseorang itu melakukan pekerjaan yang sama, jenis pekerjaan yang sama dan bidang yang sama. Ia juga digunakan didalam bidang perundangan dan akademik. Adalah disarankan bahawa jenis resume ini disertakan dengan objektif dan kesimpulan, supaya menjadi fokus untuk bacaan majikan.

Functional Resume
Functional Resume lebih memfokus ke arah kemahiran dan pengalaman anda berbanding berapa banyak jawatan yang telah anda pegang. Ia kerap digunakan oleh mereka yang ingin bertukar kerjaya atau sudah lama tidak bekerja. 

Combination Resume
Combination Resume menyenaraikan kemahiran dan pengalaman anda terlebih dahulu. Seberapa banyak pekerjaan yang telah anda lakukan akan disenaraikan kemudian. Dengan resume jenis ini, anda boleh mengetengahkan kemahiran yang berkaitan dengan kerja yang dipohon, dan juga menyediakan maklumat tentang sejarah pekerjaan anda mengikut keperluan majikan.

Penyediaan Resume yang berkesan 
Jangan ambil mudah di dalam menyediakan resume anda. Kegagalan seseorang calon untuk menyediakan resume yang berkesan boleh menyebabkan anda gagal dipanggil temuduga. Antara tip-tip penyediaan resume yang berkesan adalah seperti berikut :

KLIK GAMBAR

Kesilapan dalam penyediaan Resume 
Kebanyakan calon tidak menyedari tentang kesilapan yang sering dilakukan di dalam penyediaan resume. Antara kesilapan yang sering dilakukan ialah :

KLIK GAMBAR

PERHATIAN :
MAJIKAN BIASANYA HANYA MELUANGKAN MASA YANG SINGKAT UNTUK MENELITI RESUME ANDA SEPINTAS LALU UNTUK DISENARAI PENDEK SEBAGAI CALON YANG INGIN DIPANGGIL TEMUDUGA.

Surat Iringan Resume 
Sekiranya calon membuat permohonan secara bertulis dengan menghantar resume kepada majikan, sebaik-baiknya hendaklah disertakan dengan surat iringan yang ringkas dan padat. Walaubagaimanapun, maklumat di dalam surat tidak boleh bertindih dengan maklumat dalam resume.



 
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)