Wajah Suami Paksa Isteri Buat Seks Dengan Sepupu Bawah Umur


Tertuduh pertama (kiri) dibawa keluar dari kamar Mahkamah Sesyen Kangar. - Foto Ihsan myMetro Oleh Hafizudin Mohd Safar

Wajah Suami Paksa Isteri Buat Seks Dengan Sepupu Bawah Umur | [SH] KANGAR - Seorang suami yang memaksa isterinya yang sedang hamil melakukan hubungan seks dengan sepupunya mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan yang dikenakan di Mahkamah Sesyen di sini, tadi.

Akhbar tempatan hari ini melaporkan seorang isteri muda berusia 19 tahun menjadi mangsa deraan seksual suaminya yang berusia 22 tahun apabila dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang remaja berusia 15 tahun.

Dalam kejadian 1 Januari lalu, si suami turut membantu remaja terbabit merogol mangsa yang sedang hamil selain turut merakam aksi hubungan seksnya.

Tertuduh pertama yang juga suami mangsa mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 376 Kanun Keseksaan serta Seksyen 375 Kanun Keseksaan.

Sepupu tertuduh pertama berusia 15 tahun juga turut didakwa dan tidak mengaku bersalah di atas pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abdul Rashid Daud.

Suami mangsa tidak dibenarkan diikat jamin manakala sepupunya dikenakan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes ialah pada 10 Februari ini.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Fazril Sani Mohamed Fadzil. - 8/1/14

Share on Google Plus

About kayriel eizham

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)