TERKINI Pelawak Shiro Digam Oleh Pihak RTM Kerana Mempersenda Menteri


TERKINI Shiro Maharaja Lawak Mega Digam Oleh Pihak RTM Kerana Mempersenda Menteri |Penulis dapat tahu pelawak Shiro bakal digam oleh RTM gara-gara membuat lawak 'bodoh' di hadapan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sewaktu Konsert Jubli Emas TV Malaysia di Angkasapuri baru-baru ini.

Biarpun lawak Shiro yang dianggotai Shahrol dan Ajak itu tidak disiarkan di kaca televisyen, orang kenamaan dan artis veteran yang datang menyuarakan rasa tak puas hati dengan lawak mengampu Shiro itu.

Maklumlah peserta Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) dikatakan terlalu 'mencuba' menarik perhatian Pak Menteri dengan memanggilnya 'bapa mentua' setiap kali muncul di pentas.

Kalau sekali tak mengapa. Tapi disebabkan berkali-kali Shiro guna lawak yang sama sampai pengunjung yang hadir jadi panas hati. Cubaan kali pertama mungkin dipanggil lawak. Tapi apabila sudah masuk kali kedua dan ketiga, lawaknya jadi mempersenda-senda pula!

Sepatutnya tugas Shiro sewaktu acara selingan itu adalah untuk menghiburkan pengunjung. Tapi Shiro menjadikan tempat itu sebagai medan mengitar semula lawak.

penulis tak pasti sejauh mana kebenaran cerita nak kena gam ini. Kena tanya RTM sebab mereka penganjur program dan kena tanya Shiro juga apa jenis lawak yang diguna pakai malam itu!

Share on Google Plus

About mariasyahiza zainudin

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)