TERBARU..KANDUNGAN ISTERI PIERRE ANDRE TERPAKSA DIGUGURKAN

TERBARU..KANDUNGAN ISTERI PIERRE ANDRE TERPAKSA DIGUGURKAN |Kuala Lumpur 14 Jan. - Niat pengarah serta pelakon, Pierre Andre untuk bergelar ayah pada tahun ini tidak kesampaian apabila kandungan isterinya terpaksa digugurkan.
Beliau melahirkan rasa sedih, bagaimanapun Pierre bersyukur isterinya tidak mengalami sebarang komplikasi.
"Doktor terpaksa menggugurkan kandungan isteri saya yang berusia 13 minggu kerana terdapat masalah pada janin. Jujurnya kami memang sedih, tetapi di usia yang masih muda ini, kami percaya dengan rezeki," katanya di sini hari ini.
Pierre atau lebih dikenali dengan nama Mohd. Pierre Andre Nazarul Andre bernikah dengan isterinya, Siti Nur Hidayah Hashim pada 21 Jun tahun lalu.
Pierre kini sedang sibuk dalam rangka promosi filem terbaharu arahannya berjudul Muka Surat Cinta. - UTUSAN


 

SUMBER
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)