Pengurus Dan Kekasih Didakwa Dera Dan Bunuh Anak

                                       
                                                         gambar sebagai hiasan
Pengurus Dan Kekasih Didakwa Dera Dan Bunuh Anak | JOHOR BAHRU: Seorang pengurus visual arkitek, Mohd Imran Mohd Ramly, 31, bersama teman wanitanya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini, tadi di atas pertuduhan membunuh anak lelaki kepada Mohd Imran yang berusia tiga tahun.
Mohd Imran dan Norhidayah Hamid, 27, didakwa melakukan kesalahan berkenaan pada jam 12 tengah hari, 6 Disember 2013 hingga jam 6.43 petang, 9 Disember 2013. 
Mereka didakwa melakukannya di sebuah rumah di Bandar Putra, Kulaijaya. 

Mereka didakwa bersama melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Aqeef Adam Mohd Imran.
Kedua-dua tertuduh mengangguk memahami pertuduhan.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan. 

Majistret Salina Omar menetapkan 5 Februari ini sebagai tarikh sebutan kes.

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)