Paku..Dari Kisah Sebenar++JOM BACA |KERANA taksub pada cinta, seorang lelaki sanggup melanggar hukum agama dan menyekutukan ALLAH dengan memuja semula roh isterinya.
Lebih tragis, perkara ini bukan direka semata-mata untuk filem Paku arahan P. Rameesh tetapi perkara ini benar-benar terjadi suatu ketika dulu.
Filem yang membariskan pelakon berbakat besar seperti Johan Asari, Aishah Ilias, Diana Johor, Azad Jasmin, dan Kamal Adli ini mengisahkan Fahmi (Johan) sanggup melanggar hukum agama dan mengambil keputusan untuk menghidupkan semula isterinya, Riana (Aishah) yang telah mati.
Disebabkan terlalu cinta dan merindui Rania, Fahmi sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan kembali isterinya walaupun terpaksa menyekutukan ALLAH.
Fahmi berjaya mencari bomoh yang boleh menyeru kembali roh isterinya. Rania berjaya diseru dan menjadi manusia kembali selepas tengkuknya ditusuk paku.
Fahmi benar-benar gembira dengan kehidupan baharunya walaupun terpaksa mematuhi syarat yang bertentangan dengan Islam demi memastikan Rania dapat hidup bersamanya.
Dengan perjanjian syaitan itu, Fahmi tidak dibenarkan menggantungkan ayat al-Quran, apatah lagi melaungkan azan di rumahnya.
Melihat judulnya, pasti ramai yang akan menyamakan filem ini dengan Paku Pontianak lakonan Pekin dan Uqasha Sensore, yang ditayangkan di pawagam sebelum ini.
Bagaimanapun, ingin penulis jelaskan di sini, kedua-dua filem ini tiada langsung persamaan kerana masing-masing berdiri dengan jalan cerita tersendiri.
Namun lumrah kisah seram, pastinya setiap babak cuba digarap dengan elemen mistik. Berbeza dengan Paku, filem ini lebih tertumpu kepada upacara pemujaan.
Di saat penonton dihidangkan dengan situasi menyeramkan dan mencemaskan, ia bagaimanapun bertukar agak lucu apabila pengarah cuba membawa kelainan menerusi watak-watak dalam filem ini.
Babak panas daya penarik?
Meskipun filem ini mengundang kontroversi sebelum tayangan kerana babak panas atau babak ranjang melibatkan Johan dan Aishah, tapi pada pandangan penulis, ia bukanlah salah satu daya penarik filem ini.
Sebaliknya ia bergerak mengikut kesesuaian jalan cerita dan tidak terlalu 'daring'.
Cuma yang menarik di sini adalah cara Aishah 'dihidupkan' kembali dan menjadi manusia yang menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan wanita.
Gandingan menjadi
Biarpun pertama kali digandingkan, namun pada pendapat penulis, Johan dan Aishah tidak terlalu janggal berlakon bersama dan mereka dapat menjalankan tugas masing-masing dengan baik.
Apatah lagi meletakkan Azad, Kamal, Zaidi Omar sebagai nadi yang mengerakkan cerita, ia sudah cukup untuk menguatkan jalan cerita filem Paku.
Dengan mengambil sedikit latar belakang Highland Tower ketika runtuhnya bangunan tersebut pasti akan menjadi satu babak yang cukup mengesankan.
Justeru, bagi mengetahui nasib Rania selepas dipuja dan adakah kebahagiaan akan muncul hanya kerana cinta abadi seorang suami terhadap isterinya? Jangan lupa untuk saksikan filem ini di pawagam anda.

0 comments:
Post a Comment
Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)