PADAH AKIBAT MENGAMBIL STEROID WANITA BERTUKAR MENJADI LELAKI


Fuh!! Kerana Ambil Steroid Wanita Bertukar Jadi Lelaki!!

PADAH AKIBAT MENGAMBIL STEROID WANITA BERTUKAR MENJADI LELAKI | Pelik tapi benar, ini yang penulis baca tadi, wanita boleh bertukar jadi lelaki akibat pengambilan Steroid. Memang bertukarlah hormonnya kan. Pelik-pelik jek manusia zaman sekarang nih. Jom kita baca.
LONDON : Wanita bertukar menjadi lelaki selepas mengambil steroid. Itu yang dialami oleh untuk Candice Armstrong, 28, selepas mendapati bentuk fizikalnya berubah kerana pengambilan dadah tersebut.
Dia yang terlibat dalam sukan bina badan itu, asalnya adalah seorang wanita berambut perang yang menawan.
Wanita Bertukar Jadi Lelaki Akibat Ambil Steroid
Namun kini badannya menjadi sasa, seolah-olah badan Arnold Schwarzenegger, manakala dada, belakang badan dan mulutnya ditumbuhi bulu.
Selain itu, apa yang mengejutkan penis kecil juga mulai tumbuh, menjadikan dia seperti lelaki.
Gambar terpaksa di buang keran tidak menutup aurat..
Candice Armstrong, 28
“Saya kehilangan semua bentuk badan wanita dan memiliki bentuk badan yang maskulin.
“Suara saya juga berubah seperti lelaki.
“Jika saya mahu menghilangkan semua ini, maka saya terpaksa melaui semula prosedur untuk menjadi seorang wanita semula,’’ katanya.
Justeru dia enggan mengubahnya, sebaliknya terus membiarkan keadaan itu berlaku.
Candice memberitahu, keadaan itu berlaku bukan seperti yang diharapkan langsung.
“Ia bukan seperti yang saya harapkan. Memang saya mahu tangan yang berotot dan bahu yang bidang, namun saya tidak pernah berharap untuk bertukar menjadi lelaki,’’ katanya.
Nota Penulis: Jangan mengubah kejadian yang telah Allah tetapkan. Tengok, dah jadi cengini dah. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Jangan terlalu obses nak kurus, nak cantik. Sayangilah diri anda =)

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)