NGERI..SEORANG BUDAK LELAKI DIGIGIT ULAR KETIKA SEDANG MENUNGGU VAN

NGERI..SEORANG BUDAK LELAKI DIGIGIT ULAR KETIKA SEDANG MENUNGGU VAN |Port Dickson: Seorang murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Port Dickson di sini, cedera di bahagian kepala akibat dipercayai digigit seekor ular sawa berukuran setengah meter panjang, jam 2.17 petang tadi.
Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa, Muhammad Hafiy Arsyad hairul Nizam, 8, berada di kawasan semak di hadapan kawasan sekolah itu.
Ular itu turun dari pokok dan mematuk kepala mangsa yang sedang menunggu van sekolah.

Mangsa cedera akibat cengkaman taring ular di atas kepala.
Foto

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Norazam Khamis berkata, sebaik menerima maklumat sepasukan empat anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson bergegas ke lokasi.

Beliau berkata, ketika sampai pihaknya mendapati mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson (HP) oleh orang awam. 

"Ular berkenaan berjaya ditangkap dan dilepaskan ke kawasan jauh dari petempatan penduduk," katanya ketika dihubungi di sini.

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)