{MARI KETAHUI} Tips Penjagaan Untuk Anak Kembar++SEKADAR PERKONGSIAN | Biarpun lahir pada tarikh yang sama tetapi pasangan anak kembar mempunyai karektor yang berbeza antara satu sama lain. Namun istimewanya, pasangan anak kembar saling mempunyai satu sama lain membuatkan mereka cepat belajar kemahiran sosial.
Bagaimanapun anak kembar biasanya membesar dengan keperibadian yang berbeza daripada pasangannya. Biasanya anak kembar yang lahir awal secara semulajadi mempunyai sifat pelindung, sedangkan saudara kembarnya yang lahir terakhir akan lebih memiliki sifat seorang adik.
Papa dan mama seharusnya mengetahui kebenaran ini iaitu mereka berbeza walaupun hakikatnya serupa. Mungkin ada anak kembar yang mempunyai minat dan citarasa yang sama namun kebanyakannya berbeza karektor dan kesukaan.
Biarkan anak kembar memilih dan melakukan aktiviti yang benar-benar mereka sukai. Cuba dekati satu persatu anak kembar anda dan perhatikan apa kelebihan dan kesukaan mereka. Mungkin dengan cara ini lebih mudah untuk anda mengendalikan kerenah mereka kelak.
Setiap anak mempunyai karektor yang berbeza, jadi tidak wajar sekiranya kita membanding-bandingkan antara satu anak dengan anak yang lain biarpun mereka lahir kembar. Percayalah Tuhan telah menjadikan setiap anak mempunyai kelebihan masing-masing.
0 comments:
Post a Comment
Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)