KOLEKSI KISAH SERAM YANG DICERITAKAN OLEH MANGSA GANGGUAN SENDIRI [KISAH BENAR]

KOLEKSI KISAH SERAM YANG DICERITAKAN OLEH MANGSA GANGGUAN SENDIRI [KISAH BENAR]

                                          
                                                          gambar hiasan
kisah 1

Hantu Pohon Durian..

Saya ingin menceritakan sebuah kisah yang berlaku pada ayah saya. Ianya berlaku beberapa tahun yang lalu di salah sebuah hutan di Lim Chu Kang.

Keluarga saya merupakan keluarga yang aktif. Kami memang gemar berkelah, memancing, dan sebagainya. Salah satu daripadanya yang saya minati adalah ke hutan rimba untuk mencari buah durian. Buah durian yang dinantikan dengan penuh kesabaran memang lebih enak daripada yang dibeli. Bila tiba sahaja musim durian, kami sekeluarga akan ke beberapa tempat di siang hari untuk melihat di mana tempat yang terbaik sekali untuk mendapatkan buah durian. Kami akan kembali ke tempat-tempat itu pada waktu malam kerana selalunya, pencarian lebih berhasil di waktu malam. Hampir tiap-tiap malam kami akan keluar masuk hutan-hutan di Singapura.

Pada satu malam, yang merupakan malam Jumaat, entah mengapa tapi saya tidak rasa seperti mahu mengikut ibu dan ayah pergi mencari buah durian. Saya menunggu di rumah seorang diri, menantikan kepulangan mereka bersama hasil pencarian.

Ibu dan ayah pergi ke tempat yang telah dikunjungi ayah siang tadi. Kata ayah, di sana terdapat banyak buah durian, berketul-ketul seperti buah anggur. Tiba sahaja di tempat tersebut, ibu dapat merasakan seperti ada sesuatu yang tak kena, remang romanya. Ayah pula tiba-tiba menaikkan cermin tingkap kereta. Setelah dia mematikan enjin kereta, dia menoleh ke ibu dan berkata, "Lynn jangan turun k. Lynn duduk je dalam kereta, abang pergi cari kejap, kat depan sini je." Ini kali pertama KC, ayah memberi arahan sebegitu kepada ibu. Ibu tidak berkata apa-apa, dia hanya mematuhi kata ayah.

Ayah pun mengambil lampu suluhnya dan keluar dari kereta, meninggalkan ibu seorang di dalam kereta. Ibu dapat melihat ayah merayap mencari buah durian di kawasan tersebut, tidak jauh dari kereta. Ibu tahu ada sesuatu yang tak kena. Sepuluh minit kemudian, ayah kembali ke kenderaan dengan membawa hasil yang lumayan. Dia menyimpan buah-buah durian itu di belakang kereta dan terus keluar dari kawasan itu, menuju pula ke hutan di Mandai. Dalam perjalanan, ibu perasan wajah ayah kelihatan pucat lalu bertanya kepadanya, "Abang ni ok ke tak?" Ayah menjawab, "Ok... Ribut betul buah durian kat tempat tadi Lynn, tak terkutip dibuatnya." Ibu tidak mahu banyak bertanya dan ayah pula tidak berkata apa-apa lagi.

Setelah puas mereka merambu ke sana dan ke sini, tiba juga mereka di rumah akhirnya. Sambil saya menjamu selera, ayah pun menceritakan apa yang berlaku tadi di Lim Chu Kang. KC, tidak pernah seumur hidup saya melihat ayah dalam keadaan begitu. Seluruh badannya berbiji kerana bulu romanya yang berdiri tegak. Ayah kata, bila tiba saja di tempat itu, dia terlihat si cantik sedang duduk di atas dahan pohon durian yang terletak hanya sepuluh meter dari keretanya. Memang tidak dapat dinafikan ayah, perasaan takut yang dirasainya seperti mahu membuatnya terus meninggalkan tempat itu dengan segera. Tapi ayah khuatir kalau makhluk ini akan mengikutinya pulang ke rumah. Ayah menguatkan semangatnya dan berniat di dalam hati, "Aku datang ke sini untuk mencari rezeki, bukan untuk mengganggu engkau." Sambil membaca ayat-ayat suci, ayah pun pergi menunaikan hajatnya.

Pohon durian tersebut agak lain sedikit kerana pohonnya tidak begitu tinggi seperti yang lain. Dapat kelihatan dengan jelasnya KC, makhluk halus itu memakai baju putih, terangnya bagaikan cahaya lampu. Wajahnya tidak kelihatan kerana rambutnya yang sungguh panjang, kusut dan 'gondrong' menutupi paras mukanya. Ayah juga mengatakan terdapat daun-daun kering yang tersangkut di rambutnya itu. Walaupun wajahnya tersembunyi di sebalik rambutnya, ayah dapat merasakan ianya sedang memerhatikan pergerakan ayah. Sungguh menyeramkan... Cuba KC bayangkan betapa dekatnya ayah saya dengan makhluk itu sehingga kukunya juga kelihatan, panjang dan hitam. Si cantik itu meletakkan kedua tangannya di atas ribanya sambil mendongak dan menunduk beberapa kali, mengawasi gerak-geri ayah saya. Bajunya panjang, dan disebelah bawah bajunya sungguh kotor dan koyak-koyak. Di atas dia bertenggek, di bawah ayah mengutip buah durian!!!

Semenjak hari itu, ayah tidak dapat tidur dengan lena dan bulu romanya sering berdiri dengan tiba-tiba. Hampir sebulan kejadian itu bermain di fikirannya. Saya yang setakat mendengar dah ketakutan macam nak gila. Yang saya hairan, dia masih boleh lagi menunaikan hajatnya untuk mencari buah durian setelah melihat makhluk halus itu. Kalau saya, confirm dah u-turn!!!
kisah 2

Pengalaman Ngeri Di Bukit Batok...

Nama gelaran saya Mamal. Ini ada satu pengalaman yag nak dikongsikan bersama.
Sewaktu umur saya 10 tahun, saya menetap di Blk 1** Bukit Batok West Ave 8. Peristiwa ini berlaku pada pukul 3.oo pagi. Waktu itu, saya adik beradik tidur di ruang tamu dan emak saya sedang menjahit di kawasan dapur. Antara saya dan emak, kita terpisah dengan sebuah tembok di mana emak menjahit di sebelah belakang tembok dan tempat tidur saya di sebelah depannya.

Ketika saya sedang tidur2 ayam, tiba2 saya terdengar emak berbual seorangan. "Apa yang kau nak?" Di masa itu, talipon bimbit belum menjadi keperluan asas lagi. Yang ade hanya talipon rumah yang di ruang tamu. Di saat itu, saya pun keliru dan sebagai budak kecil yang nakal, saya pun mengintip di tepi dinding yang tersebut. Sekali lagi saya mendengar suara emak berkata, "Jangan usik aku dan keluarga aku eh?" Saya masih musykil. Dengan siapa emak berbual tu???

Pertanyaan saya dijawab apabila saya mendengar satu suara yang menakutkan dari tingkap dapur. Efek suara itu berdengung, namun cara perbualan suara itu seperti orang yang pelat. Suara itu berkata, "Nak berkawan dengan aku?" Emak saya menjawab, "Tidak sekali, aku manusia, engkau Syaithan!" Sepintas itu, suara itu ketawa, "Hihihihihihihih..." Mata saya masih mencari2 sumber suara yang seram dan ganjil itu. Namun, apa yang saya nampak tak akan saya lupakan hingga ke hari ini walaupun sudah 16 tahun dulu!!!

Yang saya nampak adalah kepala berserta usus, perut dan hati tergantung. Makhluk bernama Penanggal!! Tapi ada sesuatu yang ganjil. Selain mukanya yang hodoh, tulang dagu makhluk tersebut macam tercabut dan tergantung dengan sisa kulit dan urat. Baru saya faham KC. Kerana mulutnye yang cacat, itu sebab cara perbualannya pelat macam budak2 kecil baru nak belajar berbual. Lebih menyeramkan apabila melihat mulutnya yang dah cacat itu bergoyang bila berbual dengan emak sekali lagi. Saya melihat peristiwa itu sehingga mahluk itu hilang dari pandangan.

Yang peliknya emak seperti tidak takut sama sekali. Orang kampung katakan. Dalam kejadian tersebut, saya konfiden bahawa makhluk itu tidak melihat saya kerana saya mengintai di belakang tembok dan saya perhatikan mata makhluk itu tidak sesekali melihat ke arah saya. Saya silap!! Pukul 6:30 pagi, sewaktu saya turun tangga dari rumah tingkat 3, saya dengar nama saya dipanggil. Suara yang memanggil sama dengung dan pelat seperti suara makhluk yang saya nampak berbual dengan emak!!! Saya lari lintang pukang turun tangga. Sengan jelas kedengaran ia mengilai di sudut tangga di tingkat 3 flet tersebut. Sekian

Ini cerita benar. Salah satu pengalaman yang seram sewaktu tinggal di Bukit Batok...
kisah 3

adeh, seram sejuk jantung kwn dgr... kdg2 kwn dgr gak radio tu, tp sbb jiwa kwn halus, x penah abis dgr kecuali ada kwn2 lepak sama.

kwn ada brp kali tgk gmbr antu2 singapore kat mmber kwn. x tau la dia ni mmg mudah nmpak benda2 tu. ada skali dia piknik dgn keluarga kat changi, around 2am dia kluar mkn balance bbq then his brother take the photo. bile tgk balik kat kamera tu ada kak pon tgh cangkung dpn dia ngadap mmber tu mkn. nsib x nmpak muka. ni pun kwn cerita da tegak bulu roma sbb kwn tgk gmbar tu...

p/s: mungkin singapore dulu byk ambik nyawa time perang kot  ;D :D ;)
(jgn marah org singapore, sedara kwn ramai gak kat sana)

kisah 4

Ayer Keroh Punya Cerita...

Assalamualaikum semua...
Kisah seram saya ini, telah di ceritakan kepada saya oleh arwah Pak Long saya. Arwahnya dahulu adalah seorang pemandu teksi yg beroperasi menghantar penumpang dari Melaka ke KL sahaja dan KL ke Melaka. Yang telah diceritakan adalah kisah yang telah lama menghantui lebuhraya Ayer Keroh. Kisahnya adalah mengenai makhluk yang tidak berkepala, menjelma di pinggir lebuhraya dan menahan kereta yg lalu di sana.

Pada suatu malam, seorang rakan pemandu Pak Long telah menerima seorang penumpang yang ingin pulang ke KL . Waktu itu kira-kira jam 11. Tanpa menolak rezeki, pemandu itu terima dan menghantar penumpangnya ke KL.

Dipendekkan cerita, pada pukul 3 lebih pagi, dalam perjalanan pulang ke Melaka, berhampiran dengan plaza tol Ayer Keroh Melaka, rakan Pak Long ternampak seorang lelaki muda yang melambai2 seperti inginkan ia berhenti. Terlintas pula dalam fikirannya teringatkan kisah makhluk tak berkepala lalu dia pun tak berhenti. Sambil melihat cermin "rear view" dia perasan yang pemuda itu berkepala dan berasa serba salah kerana tak berhenti. Mungkin pemuda itu benar2 dalam kesusahan. Lalu dia hentikan teksinya kurang2 200m ke hadapan dan gostan menuju ke arah pemuda itu.

Sampainya ke tempat pemuda itu berdiri, dia turunkan tingkapnya dan pemuda itu dengan muka senyum tunduk dan tanyakan "Kenapa tak berhenti siang2 tadi bang?" Pemandu pun jawab, "Maaflah dik, Abang ingat hantu takde kepala tadi " Dengan ketawa, pemuda tu pun jawab, "Hahahaha apalah abang... Takde kepala???? MCM NI!!!!!???" ( dia cabut kepalanya dan letakkan atas dashboard) Rakan Pak Long pengsan hingga ke pagi. Setahu saya kisah ini benar berlaku.


Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)