KISAH SERAM PENGALAMAN DIGANGGU HANTU DI ASRAMA MRSM



        Gambar sebagai hiasan

KISAH SERAM PENGALAMAN DIGANGGU HANTU DI ASRAMA MRSM |PENGALAMAN SERAM?PASTI KORANG PUN PERNAH MERASA YE DAK?TERUTAMA BUDAK-BUDAK YG TINGGAL KAT ASRAMA...

MEH AKU CERITA SERBA SEDIKIT PENGALAMAN AKU SEPANJANG BERGELAR PELAJAR ASRAMA..

NAK DIJADIKAN CERITA, ADELA SEHARI NI AKU BELAJAR KAT TANGGA TINGKAT 4(seriously tak dapat belajar dalam bilik,pasal roomate sumer jenis yang melalak2 waktu malam),MASE TU AGAK2 DALAM PUKUL 12 MALAM KOT(aku ni jenis yang belajar waktu malam,pagi petang aku tido,even dalam kelas Madam Sahlawati Guru Cemerlang mathematics yang garang(er,ye ke,..tegas je kot) pun aku tido..haha)..

TENGAH SYOK2 BELAJAR,TETIBA TERTIDUR KAT TANGGA..ESOKNYA,DALAM PUKUL 4 PAGI,AKU TERBANGUN..DAN AKU MENDAPATI DIRIKU BERADA DI ATAS KATIL..tapi aku tetap fikir positive,mungkin aku berjalan balik bilik dalam keadaan tak sedarkan diri...think positive think positive..


MALAM KEESOKAN HARINYA, MAKTAB DIGEMPARKAN DENGAN KES BUDAK POMPUAN FORM 2 KENA RASUK!!!

DAN ORANG YANG PALING TAKUT MASA TU ADALAH AKU (sebenarnya aku bukanla penakut, tapi aku cuma takut kes ni ada kaitan dengan kes aku malam sebelumnya)

ORANG KATA ADA "BUDAK BUNIAN"(FAHAM2 JE LA) YANG NAK BERKAWAN NGAN BUDAK MAKTAB AKU TU,SO DIA BAWAK LA LARI BUDAK POMPUAN TU..CIKGU2 PUSING SATU MAKTAB CARI,LAST2 JUMPA DEKAT KAWASAN TANGKI AIR (TEMPAT TU MEMANG AGAK KERAS LA)..

I BET,KALAU KORANG JADI AKU,CONFIRM AKAN TERLINTAS KAT KEPALA HOTAK KORANG,

"entah-entah budak bunian tu yang bawak aku masuk bilik semalam...ataupun..
entah2 budak bunian tu nak larikan aku,tapi tak jadi sebab mungkin aku ni tak sesuai jadi kawan dia,sebab tu dia hantar aku masuk bilik dan culik budak lain"


AKU TAK PERNAH CERITAKAN PENGALAMAN NI KAT SAPA2,KECUALI BESTFRIEND AKU MASA TU,LINA

SEJAK HARI TU,KITORANG PUN "PAGARKAN" SEMULA ASRAMA KITORANG YANG KONON2 DAH BOCOR DISEBABKAN BATCH KITORANG(AH,FITNAH!) DENGAN BACAAN2 SURAH TERTENTU..

DAN SEJAK HARI TU, AKU DAH TAK BERAPA BERANI NAK BELAJAR DEKAT TANGGA LAGI DAH..(TAPI AKU MASIH TETAP BUAT..hihi)

ITU KES PERTAMA,KES KEDUA?
NAH!

ORANG KATA AKU KUAT BELAJAR?YA MUNGKIN..TAPI AKU TAK DAPAT APA2 ANUGERAH MASA MAJLIS GRADUASI..MUNGKIN KALAU ADE ANUGERAH PELAJAR PALING BERDISIPLIN,AKU SALAH SORANG CALONNYA..
HAHA?PERASAN SUNGGUH..

KES KEDUA NI PUN BERLAKU MASA AKU TENGAH BELAJAR DI BILIK REKREASI ARAS 1..

NAK DIJADIKAN CERITA,HARI TERSEBUT AKU BELAJAR SAMPAI PUKUL 4 PAGI..(AKU WAJIB BELAJAR SEBAB SEPANJANG HARI AKU TIDUR)..

DALAM BILIK TERSEBUT CUMA ADA AKU DAN FARAH..

HAMPIR SETIAP MALAM,PELAJAR2 YANG SEDANG BELAJAR AKAN DIKEJUTKAN DENGAN BUNYI PINTU YANG DIKETUK..(EH BUKAN,DIGONCANG SOUNDS BETTER)..DAN BUNYINYA AMAT KUAT..DAN KITORANG YANG DAH TERBIASA BUAT TAK TAU JE BUNYI TU..

KEMUDIAN,DALAM PUKUL 3 LEBIH A.M, FARAH KELUAR UNTUK KE TANDAS,TINGGALLAH AKU SORANG DALAM BILIK TERSEBUT..

SEJURUS SAJA FARAH KELUAR,BUNYI GONCANGAN PINTU SEMAKIN MENJADI2..MACAM ORANG MENGAMUK PULAK BUNYINYA..DAN APA YANG AKU PERASAN, BUNYI TERSEBUT AKAN MENGGILA APABILA KITA BERSEORANGAN .. KALAU ADA TEMAN,BUNYINYA TAK LAH TERLAMPAU KUAT MACAM YANG AKU RASA PAGI TERSEBUT.. 

MULA2 AKU BIARKAN JE, TAPI LAMA KELAMAAN AKU DAH FED UP, AKU KEMAS BUKU2 DENGAN CARA YANG AGAK KASAR (MARAH BENO RASENYE MASE TU)..YE LA SAPA TAK MARAH,TENGAH SYOK2 BERSEMANGAT NAK BELAJAR TETIBA ADE BENDE GANGGU..DAN AKU MELURU KE ARAH PINTU YANG SEDANG MENGGILA BUNYINYA(ADE BUNYI JE,PINTU TAK BERGONCANG PON)..FUH,NASIB BAIK TAKDE BENDE PUTIH LALU KAT DEPAN..

AKU TUNGGU FARAH KAT LUAR,THEN AKU TANYE FARAH,NAK TERUSKAN LAGI KE ATAU NAK MASUK TIDO?

FARAH KATA DIA NAK TERUSKAN,SO AKU PUN FOLLOW LA..

MASUK BALIK BILIK REKREASI,PINTU BERBUNYI LAGI..MUNGKIN PENUNGGU MARAH SEBAB GANGGU KAWASAN DIA KAN..AKU PANDANG FARAH,FARAH PANDANG AKU..THEN AKU KATA..

"FARAH,BIARKAN JE"

KITORANG PEKAKKAN TELINGA DALAM SETENGAH JAM, KEMUDIAN MASUK BILIK PUKUL 4.30AM ,DAN TIDO..
AKU TAK TAHU PUKUL BERAPA FARAH BANGUN DARI LENANYA..AKU AGAK2 PUKUL 6 KOT..HAHA..SUBUH DAH NAK ABEH DAH FARAH OII..BIAR BETIK KO FARAH..DEKAT SWK NI PKUL 6 DAH TERANG MENDERANG DAH..AKU OK LA JGK SBLM PKUL 5.30 AKU DAH BANGUN DAH..

MORAL OF THE STORY:SEMANGAT BELAJAR YANG BERKOBAR-KOBAR MAMPU MELAWAN PERASAAN TAKUT DALAM DIRI,TAK KESAH LA WAKTU TU TERNAMPAK BENDA PUTIH KE,BUDAK KECIK SESAT KE..INSYAALLAH TAKKAN RASA TAKUT..


Share on Google Plus

About mariasyahiza zainudin

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)