[JOM BACA] Benarkah Raja Noor Jan Diiktiraf Sultan Melaka Oleh Mahkamah Antarabangsa?

[JOM BACA] Benarkah Raja Noor Jan Diiktiraf Sultan Melaka Oleh Mahkamah Antarabangsa? | Siapa masih ingat lagi dengan individu yang dikenali sebagai Raja Noor Jan? Individu ini mula muncul dan menjadi popular sekitar tahun 2005 apabila mendakwa ia merupakan waris pemegang takhta kesultanan Melayu Melaka. Pengakuan yang dibuat ini telah menggemparkan seluruh negara terutama negeri Melaka yang pada ketika ini tidak ada sultan sejak beratus tahun dahulu. Namun pada hari ini Raja Noor Jan telah membuat satu kenyataan bahawa dirinya telah diiktiraf sebagai sultan oleh pihak Mahkamah Agung Antarabangsa. Benarkah?
sultan2
Raja Noor Jan menunjukkan surat daripada ICJ melalui laman sosialnya hari ini.
Seorang individu yang mendakwa dirinya Sultan Melaka berjaya mendapat pengiktirafan daripada Mahkamah Agong Antarabangsa (ICJ) mengenai tuntutannya menduduki takhta raja di negeri Hang Tuah itu.
Dalam satu kenyataannya hari ini, individu yang mahu dirinya digelar Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah itu memaparkan surat daripada mahkamah tersebut di laman Facebooknya.
Dalam statusnya menyebut;
”Adalah dengan ini, Beta DYMM Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah Shah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya beta telah berjaya mendapat pengiktirafan dari Mahkamah Agong Antarabangsa tentang tuntutan Beta sebagai Sultan Melaka,”
Menurutnya, beliau akan mengadakan sidang media khas untuk memaklumkan perkara itu kepada umum tidak lama lagi.
Salinan surat daripada mahkamah antarabangsa itu diterima pada 25 Disember lalu.
sultan
Beberapa tahun lepas, Raja Noor Jan telah menggemparkan negara apabila menuntut untuk menjadi Sultan Melaka kerana mendakwa beliau merupakan keturunan sultan di negeri itu yang sah berdasarkan salasilah yang dimilikinya.
Menetap di Gombak, beliau dan pengikut-pengikutnya juga telah ‘mendapatkan semula’ beberapa peralatan kebesaran negeri Melaka termasuk Keris Taming Sari melalui upacara di pesisir Sungai Melaka.
Tuntutannya bagaimanapun tidak diiktiraf oleh pihak kerajaan kerana salasilah keturunan yang didakwanya itu sudah terputus kira-kira 600 tahun dan sukar dibuktikan kesahihannya.
Melaka pada zaman dahulu merupakan Empayar Kerajaan Melayu tetapi kesinambungannya terputus selepas ditakluki penjajah dan kini mempunyai Yang Dipertua Negeri Melaka, Tan Sri Khalil Yaakob.

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)