GURU TADIKA MAUT DALAM KELAS PADA HARI PERTAMA SEKOLAH

                                          
                                                        gambar sebagai hiasan
GURU TADIKA MAUT DALAM KELAS PADA HARI PERTAMA SEKOLAH | CHUKAI: Seorang guru Tadika KEMAS di Kampung Meraga Beris, Kijal, dekat sini, meninggal dunia pada hari pertama persekolahan kira-kira jam 9 pagi tadi.
Mangsa, Nor Aina Sulong, 43, sebelum itu memujuk seorang kanak-kanak yang menangis di dalam kelas pada jam 8.45 pagi. 
Beberapa minit kemudian, mangsa yang juga ibu kepada tiga anak mengalami kekejangan otot dan terus rebah di situ. 

Rakan mangsa, Che Wan Ajariah Arifin, 30, cuba memberi bantuan namun mangsa gagal memberi respon dan dia terus menghubungi suami mangsa, Kamarudin Salim, 41.

Sebaik tiba di tempat kejadian kira-kira jam 9 pagi, suami mangsa terus menghantar isterinya ke Klinik Kesihatan Kijal namun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke sana.

Share on Google Plus

About mariasyahiza zainudin

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)