Fakta Yang Anda Tidak Tahu !! 10 Haiwan Paling Beracun Di Dunia ! | Inilah 10 haiwan yang paling beracun di dunia. Mesti anda tidak tahu fakta sebenar haiwan yang paling berbisa di dunia kan? Agak-agak anda, haiwan apakah yang paling beracun?
Jom baca.
10 . Puffer Fish
9 . Poison Dart Frog
8 . Inland Taipan
7. The Brazilian Wondering Spider
6 . Stonefish
5 . Death Stalker Scorpion
Jom baca.
10 . Puffer Fish
Puffer Fish biasanya dijumpai di Jepun dan Korea.Ia merupakan salah satu makanan kegemaran di kedua-dua negara tersebut.Kulit dan organ Puffer Fish ni sangat beracun.Tak tahu macamana dorang makan Puffer Fish ni.Sesiapa yang terkena racun ni akan mati dalam masa 24 jam.Tidak ada penawar bagi racun tersebut
9 . Poison Dart Frog
Poison Dart Frog adalah salah satu haiwan yang tinggal di Hutan Hujan di South America. Kalau korang berjalan-jalan disana,jangan sentuh atau bawa balik katak ni.Racun katak ini boleh membunuh 10 orang dewasa dan 20000 ekor tikus.
8 . Inland Taipan
Inland Taipan ialah ular yang paling berbisa didunia.Gigitan ular ini mampu menumbangkan 100 orang dewasa dan 250000 ekor tikus.Racun ular ini dikatakan jauh lebih kuat daripada ular tedung.Seorang lelaki dewasa tumbang hanya dalam masa 45 minit oleh racun ular ini.
7. The Brazilian Wondering Spider
The Brazilian Wondering Spider muncul dalam Guiness Book of World Recods 2007 sebagai labah-labah paling berbisa dan penyebab utama kematian manusia pada masa tu.Haiwan ini sangat berbahaya kerana haiwan ini berkeliaran.Haiwan ni juga dikatakan sering bersembunyi pada waktu pagi di dalam rumah,pakaian,but dan kereta.
6 . Stonefish
Stonefish ialah sejenis ikan yang paling berbisa didunia.Racun Stonefish ini boleh menyebabkan kesakitan yang teruk,kelumpuhan dan anggota badan perlu dipotong sekiranya terkena racun ini bagi mengelakkan racun itu daripada merebak.
5 . Death Stalker Scorpion
Death Stalker Scorpion mempunyai racun yang sangat kuat sehingga menyebabkan kesakitan yang teramat,demam,koma,sawan,lumpuh dan kematian.Haiwan ini dijumpai di Afrika Utara dan Timur Tengah.
4 . Blue-Ringed Octopus
Blue-Ringed Octopus sangat kecil dengan saiznya yang hanya sebesar bola golf,tetapi racunnya adalah sangat kuat sehingga mampu membunuh 26 orang dewasa dalam masa beberapa minit.Gigitannya mungkin tidak berapa merbahaya dan sakit,tetapi ia boleh menyebabkan otot kejang,nafas terhenti dan akhirnya membawa kepada kematian.Haiwan ini boleh ditemui di Kolam Air Pasang di Lautan Pasifik dari Jepun ke Australia.(Kalau nak mati awal,boleh pergi situ..^^)
3 . Marbled Cone Snail
Marbled Cone Snail ni sedap dipandang kerana bentuknya yang cantik.Tapi,jangan tertipu dengan bentuknya yang cantik itu.Disebalik bentuknya yang cantik itu,haiwan ini mempunyai racun yang sangat berbisa yang mampu membunuh lebih daripada 20 manusia.Racunnya berbantuk airgaram.So,kalau korang sering pergi kelaut dimana terdapatnya siput ini,potensi untuk korang terkena racun ini adalah sangat tinggi.Kesan racun ini boleh menyebabkan bengkak-bengkak,kekejangan otot dan seterusnya membawa kepada kematian.
2 . King Cobra
Naib johan bagi 10 haiwan paling beracun didunia dimenangi oleh King Cobra.Tahniah diucapkan kepada King Cobra yang merupakan ular berbisa yang terpanjang didunia.Gigitan ular ini mampu membunuh seekor gajah Asia dalam masa 3 jam,apatah lagi manusia.(Lau manusia,baru jumpa ular ni dah meninggal kot).
1 . Box Jellyfish
Johan bagi 10 haiwan paling berbisa didunia dimenangi oleh Box Jellyfish. Haiwan ini mencatatkan rekod dengan kematian sebanyak 5667 orang sejak tahun 1954.Racunnya sangat berbisa sehingga mampu menyebabkan kesakitan yang teramat sangat,sakit jantung dan akhirnya mati.
0 comments:
Post a Comment
Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)