Sebuah kota kecil yang terletak di antara bandar Ronda dan Olvera di wilayah Cadiz, Sepanyol memiliki sebuah kawasan perumahan atau binaan tempat tinggal yang begitu unik. Dikenali sebagai bandar Setenil de las Bodegas, ia merupakan kawasan penempatan yang mana hampir kesemua rumah di sini dihimpit dengan batu yang besar.
Ternyata ungkapan 'ulat di dalam batu boleh hidup inikan pula manusia' mungkin boleh menggambarkan kehidupan penduduk di sini. Ini kerana rumah-rumah yang dibina di bawah batu ini seolah-olah memberi gambaran bahawa bandar ini telah dihimpit oleh batu-batu besar dan juga tanah.
Sungguh pun begitu, pembinaan rumah-rumah tersebut kelihatan menarik dan eksotik. Ia seolah-olah sebuah bandar yang menggambungkan tema tradisional dan moden secara semulajadi. Tapi agak menyeramkan juga bila difikirkan kemungkinan batu tersebut lambat laun akan runtuh walaupun mengambil masa yang lama.
Bagi orang luar, tempat tinggal ini mungkin kelihatan tidak selesa dan kurang selamat untuk didiami oleh manusia. Tetapi bagi penduduk bandar Setenil de las Bodegas yang dihuni lebih 3 000 orang, ia adalah kawasan terbaik yang pernah wujud di dunia ini dan kewujudannya harus dikekalkan.
Sebenarnya, tiada siapa menyangka wujudnya penempatan di bawah batu dan gua ini. Rumah-rumah di sini seolah-olah 'tumbuh' dari lantai tanah. Kesemua rumah-rumah yang dibina mempunyai warna dinding yang sama iaitu putih.
Penduduk di sini mempunyai satu sebab sahaja mengapa warna putih menjadi pilihan. Ini adalah kerana, ia memberi kesan psikologi kepada diri mereka sendiri. Persekitaran gua memberi kesan udara yang sejuk apatah lagi bila tibanya musim sejuk. Justeru, warna putih diibaratkan memberi cahaya kepada penduduk di situ. Nak tahu lebih pasal penempatan ni --> SINI
Yo, Check This Out..
0 comments:
Post a Comment
Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)