gambar sekadar hiasan
3 Dalam 1 Pengalaman Misteri Yang Diceritakan Oleh Mangsa++Sangat-Sangat Menakutkan | HANTU ASRAMA 2
takde, buat assignment ngan kengkawan dia yang lain. Dia dah tak kisah dah sebab dah biasa kena tinggal. Entah kenapa malam tu dia terasa mengantuk sangat padahal waktu tu kira masih awal untuk dia tidur. Dia tidur kat katil tingkat atas. Dia tidur katil double decker, kat tingkat atas. Biasanya kalau dalam bilik tuh dia la operator telefon... sebab biasanya ramai yang tukang telefon dia... Petang tu dia ada la buat panggilan. Okay jek... Esoknya bila dia bangun, dia tengok atas meja gagang telefon dia dah tercabut. Dia ingat room mate dia tak boleh tido sebab telefon selalu berdering peh tuh cabut gagang telefon. Tapi pelik la jugak.. biasanya orang kalau nak cabut pun dia cabut wayar belakang, tapi nih cabut wayar gagang telefon. Ah, lantak la.. dia fikir. Lepas tu room mate dia masuk. Baru balik. Dia tanya la kenapa kawan dia tu cabut wayar gagang telefon. Kawan dia terkejut sebab dia baru balik dari bilik kawan yang satu course ngan dia. Dia tidur kat sana. Yang minah nih terkejut la... sapa pulak yang cabut wayar gagang telefon nih? Nak kata dia tak kunci bilik... bilik diorang nih memang takleh bukak dari luar... unless kalau ada kunci. Nak kata dia mengigau..... dia la yang paling rajin nak angkat tipon.. lagi pun takkan dia boleh terfikir nak cabut wayar gagang telefon... (gagang telefon terletak jauh dari telefon dan dalam keadaan terlentang). Paling tidak angkat gagang telefon letak tepi atau cabut wayar telefon tu sendiri. Aku tak tau la benda apa yang mengganggu dia... tapi dah dua kali dia alami benda yang sam sejak baru bukak semester kedua nih.
gambar sekadar hiasan
ASRAMA Assalamualaikum.....Sebenarnya aku dah lali dengan cerita-cerita seram ni. Tapi untuk tatapan dan renungan kita semua aku gagahkan diri untuk ceritakan satu daripada beribu-ribu pengalaman ngeri untuk ruangan Xpoi ini. Kisah ini berlaku kira-kira lima tahun yang lalu. Waktu itu aku ditingkatan dua dan tinggal di asrama. Aku ni terkenal dengan sifat yang tak reti takut. Memang sejak kecil lagi aku telah diajar oleh ayahku untuk tidak takut pada hantu. Menurut ayah ku..." Hantu dan syaitan ni nak pegang kita pun tak dapat inikan pula nak cubit.." Itulah kata-kata ayahku yang membuatkan aku berani sehingga kini walaupun pada hakikatnya aku seorang perempuan yang lemah lembut. Sekolah aku terletak di sebuah kawasan yang boleh dikatakan indah dan nyaman. Lagipun di situ kawasan kampung. Asrama yang aku duduki berada di dalam kawasan sekolah. Jadi senanglah untuk kami pelajar pelajar asrama untuk berulang alik. Kebetulan pada semester tersebut pihak sekolah aku bercadang untuk menambahkan lagi satu blok asrama untuk menampung bilangan pelajar yang kian meningkat. Jadi setelah dipersetujui, Akhirnya kerja-kerja membina pun dilakukan bersebelah dengan blok asrama puteri yang lama. Pada mulanya pembinaan itu berjalan dengan lancar sehinggalah suatu hari....... Petang itu aku pulang daripada sekolah kira-kira jam 3 petang bersama-sama empat kawan ku yang lain. Setelah menyalin pakaian, kami bercadang untuk bermain tenis di gelangang yang berdekatan. Sewaktu kami menuruni tangga untuk ke gelangang berkenaan tiba-tiba kami terdengar suara lelaki sedang menjerit dan diikuti dengan dentuman yang kuat. Kami dapat mengesan arah bunyi tersebut. Tak silap lagi ianya datang dari arah tapak pembinaan asrama baru. Kami segera bergegas ke sana. Setibanya di situ kami terkejut besar apabila kami dapati seorang pekerja berbangsa Cina telah jatuh dari bangunan tesebut. Kawan-kawan pekerja tersebut segera mendapatkan beliau. Aku dan kawan-kawanku tergamam. Tubuh pekerja berkenaan dibasahi dengan darah. Aku yakin dia telah mati memandangkan keadaan kepalanya yang bercerai dari badan. Kawanku , Mila tiba-tiba pengsan. Aku terpaku di situ. Pada malam tersebut kami tidak dapat tidur dengan nyenyak tambahan lagi kami adalah orang pertama yang menyaksikan kejadian itu. Warden asrama menasihati kami supaya bawa bertenang. Tetapi aku benar-benar tidak dapat melupakan kejadian itu lebih-lebih lagi jika teringatkan keadaan tubuh mangsa yang amat mengerikan. Malam makin larut. Aku cuba melelapkan mataku. Tiba-tiba aku terdengar seperti ada sesuatu yang sedang menghampiriku. Aku meluaskan pandangan kesekeliling. Mataku liar mencari benda tersebut. Hidung ku mula terbau sesuatu yang hanyir. Darah! Aku tersentak. Aku mendongak ke atas. Aku dapati darah mengalir dari kipas siling. Banyak sekali ! Aku beranikan diri untuk bangun. Mata ku tiba-tiba tertumpu ke arah kawanku Mila. Ya Allah, Aku lihat beberapa orang berjubah kuning sedang mengelilinginya. Aku beranikan diriku untuk menghampiri mereka. Kawan- kawanku yang sedorm sudah lama dibuai mimpi. Dengan keyakinan aku menegur orang-orang yang berjubah kuning berkenaan. " Siapa anda semua ?" Mereka tidak menjawab pertanyaan aku. Aku mula syak sesuatu. Aku beranikan diri lagi dengan memegang salah seorang daripada mereka. Tetapi... Tangan ku bolos. Ternyata mereka tidak menghiraukan kedatangan aku. Aku terpinga.. Mereka bangun dari katil Mila dan menuju ke tingkap yang bertentangan dengan tempat kemalangan petang tadi. Aku dapat melihat dengan jelas mereka menembusi dinding asrama dan terus melayang ke angkasa. Aku terpegun. Tiba-tiba lamunan aku tersentak apabila dikejutkan oleh suara kawanku Lin. Rupanya bukan aku seorang yang menyaksikan peristiwa itu, Lin juga sempat menyaksikannya. Lin kelihatan begitu takut, dia menanggis. Badannya terasa panas dan menggigil. Aku cuba menenangkannya. Lin dapat juga aku tenangkan. Lega rasanya bila dia kembali seperti sediakala. Kami bercerita panjang tentang pengalaman masing-masing melihat peristiwa yang berlaku tadi. Lin menyatakan padaku yang dia ternampak ada dua orang lelaki berjubah kuning hendak memukul aku dengan Kayu Tas dari arah belakang. Tetapi mereka tidak berjaya kerana dihalang oleh seorang lagi lelaki berjubah kuning yang lain. Aku betul-betul terkejut. Aku bertanyakan Lin samaada dia nampak atau tidak lelaki berjubah kuning mengelilingi Mila. Dia jawab TIDAK. Aku semakin hairan. Bagaimana dua peristiwa boleh berlaku dalam waktu yang sama tetapi berlainan keadaan. Cuma ketika lelaki-lelaki berjubah kuning itu melayang ke angkasa sahaja kami dapat menyaksikan peristiwa yang sama. Angin malam semakin dingin. Suasana semakin suram. Aku dan Lin masih tidak dapat tidur. Tiba-tiba.... "Aaaaaaaaaaaaaa....." Suara orang menjerit seperti diserang sesuatu kedengaran dari tingkat atas asrama. Serentak dengan itu juga kedengaran bunyi dentuman yang kuat dari arah yang sama. Aku bergegas keluar. Aku lihat penghuni penghuni yang lain juga tercengang-cengang di luar dorm. Masing-masing tertanya apakah yang berlaku. Warden juga kelihatan terpinga-pinga. Suara jeritan dan lolongan tadi semakin menjadi-jadi. Kali ini bukan lagi seorang tetapi ramai. Aku semakin ingin tahu. Warden meminta sesiapa yang berani untuk mengikutnya naik ke atas. Aku dan lima orang lagi rakan mengikut warden naik ke atas. Setibanya kami di sana kami dapati beberapa orang penghuni dorm Emas sedang merangkak di kaki lima seperti biawak. Aku mengucap panjang. Kami cuba menangkap mereka tetapi tidak berjaya kerana bilangan yang hendak ditangkap lebih banyak dari yang menangkap. Warden mengarahkan penghuni yang tidak naik ke atas untuk mendapatkan bantuan dari warden aspura. Bantuan yang diharapkan sia-sia sahaja kerana tidak seorang pun warden aspura yang terjaga termasuklah penghuni aspura sendiri. Kami mula cemas. Bilangan penghuni yang dirasuk semakin banyak iaitu kira-kira sebelas orang dan bersamaan dengan satu dorm berkenaan. Mereka menjerit, melolong dan tak kurang pula yang mengilai. Kami terpaksa mengepung mereka. Warden mengarahkan supaya kami membaca apa sahaja ayat suci yang kami ingat sambil mengawasi mereka. Keadaan semakin kelam kabut apabila ada yang dirasuk itu mula bertindak liar. Mereka mula berlari menuruni tangga. kami tidak dapat berbuat apa-apa lagi.Hendak ditangkap memang tidak berdaya. Kami tawakal kepada Allah. Di bawah mereka mula mengoncangkan pagar yang memagari kawasan aspuri. Warden meminta supaya kami beramai -ramai memegang mereka supaya mereka tidak merobohkan pagar untuk lari keluar. Mereka meraung raung. Di saat aku memegang salah seorang daripada mereka aku rasakan seperti tubuhku digoncang dengan begitu kuat. Aku mula membaca Ayat Kursi. Kegilaannya semakin menjadi jadi. Aku menempeleng muka budak berkenaan. Dia pengsan. Menyedari perbuatan aku itu berkesan, kami beramai-ramai menempeleng kesebelas belas penghuni berkenaan. Mereka pengsan. Seraya dengan itu azan Subuh berkumandang dengan sayupnya. Pagi itu ramai di antara kami yang tidak ke sekolah kerana letih. Apabila di tanya kepada penghuni yang dirasuk apa yang terjadi semalam, mereka hanya menjawab mereka tidur dengan nyenyak sekali. Bila kami menceritakan apa yang berlaku semalam mereka bagaikan tidak percaya. Berita dirasuk beramai ramai sampai ke pengetahuan penghuni aspura. Mereka juga terkejut kerana tidak seorang pun yang mendengar bunyi orang menjerit. Malam itu kami mengadakan sembahyang hajat beramai ramai untuk meminta dijauhkan dari sebarang malapetaka. Pengetua juga menasihati kami supaya tidak mengingati peristiwa berkenaan. Menurutnya lagi peristiwa berkenaan hanyalah untuk menguji kesabaran kami. Aku tidak dapat merumuskan samaada peristiwa berkenaan ada kaitannya dengan kematian pekerja di tapak binaan. Tetapi ada cerita yang mengatakan kematian pekerja berkenaan dirancang oleh abangnya sendiri dan rohnya ingin menuntut bela. Wallahualam...Bagi aku peristiwa ini adalah suatu pengalaman yang amat berharga
gambar sekadar hiasan
Kepala Atas Kubur
Masa kecik-kecik dulu aku selalu ikut abah aku pergi usrah. Kadang-kadang pergi dekat, kadang-kadang jauh. Sebagai anak yang baik, chewahh, aku ikut la... dan memang aku sendiri pun suka bonceng motor abah aku malam-malam. Sejuk berangin je... best. Tau tak usrah tu apa? Bagi sesiapa yang tak tau, usrah tu macam perjumpaan la. Dalam perjumpaan tu, macam-macam perkara diperbincangkan, terutamanya berbentuk ilmiah. Perjumpaan begini sebenarnya menggalakkan pengeratan silaturrahmi sesama kita selain satu cara menyampaikan ilmu. Itu maksud usrah tu. Usrah tu sendiri adalah satu perkataan arab yang memberi makna keluarga.
Satu hari tu, macam biasa, aku ikut abah. Kami tak naik motor. Kerana mak aku ikut sekali, kami berkereta malam tu. Sebenarnya, sebelum tu kami pergi Melaka. Saja la jalan-jalan sambil shopping lebih kurang... Dalam perjalanan kami balik tu, singgah la kat tempat biasa sebab abah aku memang ada usrah malam tu. Kebetulan pulak, ada banyak kereta yang dah parking tepi jalan dekat surau tu. Ada satu ruang kosong kat tepi jalan, sebelah dengan kawasan kubur. Abah aku letak kereta kat situ. Aku dan mak tak keluar, sebab cuma ada setengah jam je lagi majlis tu nak bersurai. Kami sampai lewat sebenarnya... Mak aku suruh kunci semua pintu kereta. Aku, sebagai anak yang menurut perintah, (huh!), buat la sebagaimana mak aku suruh. Dah lepas tu, aku pandang ke luar tingkap sebelah kiri. Ada banyak kubur kat situ. Ustaz aku ajar, kalu kita berada di kawasan kubur, ucapkanlah salam untuk ahli-ahli kubur tu. Kerana aku anak yang taat, maka aku pun buat la... "Assalamualaikum ya ahlal-qubr". Aku ngan mak kat dalam kereta masing-masing buat hal sendiri. Mak diam aje kat depan. Aku kat belakang pun tak buat apa, cuma mata je melilau ke seluruh kawasan kubur tu. Hmmm... banyak pokok pisang kat situ. Ada buah ke? Dengan tak semena-mena mata aku terpaku ke satu kubur berhampiran. Kubur tu terletak lebih kurang 3 meter je dari aku. Aku jadi tak sedap. Apa tu haa...? "Makk...!." Mak aku tak menyahut. Aku, nak kata takut tu tak jugak sebab aku tak nampak sepenuhnya benda tu, cuma samar-samar je. Tapi, dalam samar-samar tu pun, aku masih dapat mengecam. Aku nampak semacam kepala orang sedang memandang tepat ke arahku! Letaknya di atas kubur, sebelah batu nesan. "Makk..." Aku panggil mak, tapi mak diam jugak. Aku dah mula rasa nak nangis, tapi tak terkeluar. Apa yang aku buat, cuma pandang aje kat kepala tu. Sekarang memang aku yakin dengan apa yang aku nampak. Kepala tu pulak seolah-olah senyum kat aku. Tok! tok! tok!. Aku terkejut tak terkata. Rupanya abah dah sampai, suruh bukak kunci pintu. Mak aku yang bukakan, dan aku berpaling semula ke arah kubur tu. Kepala tu masih ada. "Mak.. Abah.. tengok tu!", sambil aku tunjuk ke kubur tu. Mak abah aku tengok ke situ. "Apa benda ada kat situ?", tanya abah. "Tak nampak ke? Ada kepala orang kat situ". Aku berpaling, pandang abah aku. Dia beriya-iya cari muka orang yang aku kata tu. Mak pun sama. Aku berpaling semula ke arah kubur tu. Tapi... aikkk! dah hilang! Kepala tu dah tak ada... macam biskut pulak. Aku tak nampak apa-apa lagi. "Dah hilangla abah. Tadi ada... betul...". Aku takkan nak bohong abah aku pulak, sedangkan aku ni memang seorang anak yang baik, yang tak reti langsung nak berbohong. "Alaa... takde apa. Saja along nampak je tu. Takde apa. Along ngantuk tu kot." Abah aku mungkin taknak aku berasa takut, sebab tu dia cakap gitu. Aku memang tak takut pun...! Tapi itu cuma cakap kat mulut je la kan... dlm hati, tuhan saja yang tahu. Bila dah sampai kat rumah, aku tanya mak, kenapa dia tak menyahut aku panggil tadi. Mak kata dia tertidur laaa... Alaahai, kesian mak aku. Dia penat agaknya. Takpela. "Tapi betul ke mak tak nampak kepala tu tadi?". "Mana ada... takde apa pun. Kubur tu memang la ada...". Entah. Aku diam je. Tak lama lepas tu, aku dah lupa sebab apa, aku singgah kat surau tu waktu zohor. Senyap-senyap, aku pergi semua ke tempat abah parking kereta hari tu. Aku perhatikan betul-betul. Aku tak nampak kepala, tapi aku nampak ada huruf nun besar kat kubur tu. Alaa... kan sesetengah orang ada pasang macam dinding kubur yang warna putih tu... tapi sekarang dah kurang dah kan. Ada tertulis ayat kat dinding tu, hujung ayat tu ada huruf nun. Aku dah lupa ayat apa yang tertulis kat situ. Aku pergi panggil abah, dan tunjukkan kubur tu. Haahahaha... dia gelakkan. "Kan abah dah kata, takde apa-apa. Along nampak huruf nun tu je hari tu...". Sebagai anak yang tak melawan mak bapak, aku diam je. Tapi dalam kepala aku, dah ada jawapan. Kalau aku nampak huruf nun, macam mana dia boleh naik bertenggek atas kubur? Dah tu senyum kat aku pulak tu... Nun tu duduknya kat dinding kubur, bukan atas kubur! Kisah kepala atas kubur ni berlaku kira-kira 16 tahun yang lalu. Tapi aku tak boleh lupa sebab aku sendiri yang mengalaminya. Sampai ke hari ni, aku tak tau apa sebenarnya yang aku nampak tu. Tapi kalau pun betul memang ada makhluk sebegitu yang aku nampak, aku tak heran. Makhluk halus memang dicipta. Kuasa Allah tu teramat besar. Sekarang aku tak tinggal kat bandar tu lagi. Ikut abah aku pindah. Aku ni kan setia, ikut abah aku... Tapi sekali-sekala ada jugak aku ke sana. Kali terakhir, lebih kurang sebulan yang lalu. Secara spontan aku akan terpandangkan kubur tepi parit tu setiap kali aku lalu jalan tu, walaupun sekarang aku dah pandu kereta sendiri. Wallahu a'lam. |
sumber |
Home / Misteri /
Ngeri /
Seram
/ 3 Dalam 1 Pengalaman Misteri Yang Diceritakan Oleh Mangsa++Sangat-Sangat Menakutkan
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment
Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)