[TIPS DAN INFO] RAHSIA PEMILIHAN KAWASAN RUMAH IMPIAN ANDA= SEKADAR PERKONGSIAN


[TIPS DAN INFO] RAHSIA PEMILIHAN KAWASAN RUMAH IMPIAN ANDA= SEKADAR PERKONGSIAN | Samada anda hendak mendiami atau membuat pelaburan dengan cara memberi sewa, pembeli rumah sangat sukar untuk membuat pemilihan baik dari segi kedudukan strategik rumah tersebut atau saiz keluasan rumah. Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli rumah ikutilah panduan berikut.
  • Pastikan anda tahu apa yang anda inginkan
    Kenalpasti dulu kenapakah anda hendak membeli rumah tersebut. Adakah ianya jauh dari bandar dan ini dapat menenangkan fikiran anda dari kesibukan kota atau anda perlukan ruang yang lebih luas untuk menampung bilangan ahli keluarga anda yang semakin bertambah atau juga sebagai pelaburan untuk simpanan wang anda. Ambil masa untuk membuat penilaian sebelum membeli.

  • Kenalpasti kemudahan awam mencukupi
    Ini termasuklah seperti pengangkutan awam bas atau teksi, pasar, kedai dan sebagainya. Ini penting untuk memastikan anda tidak perlu pergi lebih jauh dari kediaman anda semata-mata untuk mendapatkan kemudahan tersebut.

  • Pilih lokasi yang berdekatan dengan hospital atau sekolah

  • Kenalpasti perkembangan kawasan kediaman
    Jika perlu tanya pada pemaju perumahan apakah projek-projek akan datang yang akan di bangunkan di kawasan kediaman anda. Ini penting untuk memastikan anda mendapat kemudahan yang selesa sepatutnya.

  • Berfikir dan buat jangkaan apakah potensi kawasanrumah berkenaan pada masa akan datang

Share on Google Plus

About mariasyahiza zainudin

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)