TERKINI...TRAGEDI DISEMBER NIAT BAIK KAKAK DI AKHIRI DENGAN KEMATIAN ADIK

TERKINI...TRAGEDI DISEMBER NIAT BAIK KAKAK DI AKHIRI DENGAN KEMATIAN ADIK |DUNGUN: Kegembiraan lima beradik termasuk seorang sepupu mereka mandi di kawasan air terjun Tasek Puteri, Bukit Besi, di sini, bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka lemas.
Bagaimanapun, mangsa Nur Sumayyah Mukhtar, 13, pelajar Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail, di sini, disahkan meninggal di Hospital Dungun kira-kira jam 9.20 malam tadi.
Sebelum kejadian, mangsa mandi bersama adik-beradiknya, Nurhidayah, 24, Nur Aisyah, 16, Nur Nasisah 10, dan sepupunya, Hanis Syazira Anum Suhaimi, 14, kira-kira 5 petang.

Niat baik kakak bertukar tragedi

Ketika sedang mandi, mangsa bersama kakaknya, Nur Aisyah dikatakan lemas dan tenggelam timbul di tasik terbabit sebelum kakaknya Nurhidayah mengharungi tasik itu dan berjaya menarik Nur Aisyah sebelum dibawa ke tebing sungai.

Kakaknya itu yang mendapati mangsa tenggelam ke dasar tasik terbabit sekali lagi bertindak mengharungi tasik dan berusaha mencari mangsa termasuk menggunakan kaki untuk menyentuh mangsa berikutan air tasik yang keruh.

Usahanya itu berjaya dan mangsa ditarik oleh kakaknya itu sebelum dibawa naik ke daratan.

Beberapa pengunjung yang terdengar jeritan meminta tolong daripada kakak mangsa bergegas ke tempat kejadian sebelum mengejarkan mangsa ke Klinik Kesihatan Bukit Besi.

Mangsa yang kelihatan lemah kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk untuk menerima rawatan lanjut dan mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia.
Sementara itu, Nurhidayah berkata, dia membawa adik-adiknya itu berkunjung ke tasik terbabit untuk beriadah.

Katanya, mereka mandi di kawasan yang cetek dan tidak menyangka keseronokan itu membawa kepada kejadian yang cukup menyedihkan.

"Saya sama sekali tidak menyangka hasrat unyuk menggembirakan adik-adik bertukar dengan kejadian sedih yang membuatkan saya sukar melupakan kejadian malang terbabit," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan pihak hospital memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut dan sehingga ini polis masih belum menerima laporan daripada keluarga mangsa.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)