JOHAN AS'ARI DAN LANA NORDIN PUTUS CINTA KERANA TIADA RESTU KELUARGA

JOHAN AS'ARI DAN LANA NORDIN PUTUS CINTA KERANA TIADA RESTU KELUARGASelepas beberapa isu timbul tentang restu keluarga & penerimaan mereka terhadap hubungan cinta pasangan ini, Johan As’ari & Lana Nordin mengesahkan yang hubungan cinta mereka sudah berakhir kerana masalah tersebut.

Menerusi Berita Harian hari ini, Johan As’ari berkata hubungannya dengan Lana Nordin secara rasmi putus kelmarin, selepas keluarganya tidak menerima pelakon itu.

“Saya sebenarnya berat mahu melepaskan Lana. Tapi saya tidak mahu menyeksanya. Lebih baik, kami berpisah daripada saya terus menyeksa hati dan perasaan Lana”

Johan As’ari menambah yang beliau sayangkan Lana Nordin namun terpaksa memilih keluarga kerana tidak mahu bergelar anak derhaka kerana ibu tidak merestui hubungannya dengan aktress itu sebelum ini.

“Saya minta maaf. Keputusan ini tentu melukakan hati Lana dan keluarga. Tetapi saya terpaksa buat keputusan kerana tidak mahu terus memberi harapan kepada Lana,” ujarnya.

Lana Nordin Beri Peluang Johan As’ari Buktikan Janji & Kata Manis

Lana Nordin dalam laporan sama berkata yang beliau sudah jangka perkara ini selepas Johan As’ari sering berdolak dalik sejak hubungan mereka ditentang keluarga.


“Saya bukan bodoh, tiga hari bertemu terus dilamar sebagai isteri, boleh percayakah? Saya beri Johan ruang untuk membuktikan janji dan ungkapan manisnya, tapi nampaknya baru sebulan lebih Johan sudah mengaku kalah,” ujarnya redha dengan ketentuan ini.









  
               























Share on Google Plus

About mariasyahiza zainudin

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)