TERKINI..80 BUAH RUMAH TERBAKAR DI TAWAU

TERKINI..80 BUAH RUMAH TERBAKAR DI TAWAU | Angin kencang dan kedudukan rumah yang terlalu rapat menyukarkan usaha memadam kebakaran yang memusnahkan 80 rumah di perkampungan atas air di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, Jalan Apas, Tawau, di sini, semalam.
Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Malaysia Tawau, Rudy Fredzex@Parijik berkata, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian bermula jam 9 pagi itu.Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.05 pagi dan mengerahkan tiga jentera serta tiga kenderaan utiliti dengan kekuatan 30 anggota bomba termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian.
         Foto
                                          keadaan sekitar tempat kejadian

“Sebaik tiba di tempat kejadian, api sudah marak. Api merebak akibat angin kencang selain kedudukan rumah dibina terlalu rapat.
“Api dapat dikawal pada jam 10 pagi sebelum padam sepenuhnya jam 1 tengah hari. Bagaimanapun, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam.
Share on Google Plus

About mariasyahiza zainudin

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)