KISAH BENAR SUAMI CURANG SEMATA-MATA TIADA ANAK LELAKI | Suami aku curang. Dia nak kahwin lain semata2 tiada anak lelaki.
Sy seorang ibu kepada 3 anak ppuan, masalah sy skrg, suami sy curang!! sy ceritakan serba sedikit, dlm keadaan skrg, sy sudah x boleh hamil lagi selepas 3
kali bersalin cara pembedahan. Ditakdirkan Allah, ketiga2 cahayamata ialah perempuan sedangkan suami selalu mengungkit soal dia x punya waris nnti..sy pernah
beritahu dia, sy izinkan dia kahwin lain, sebab sy tau apa kekurangan sy, tapi dgn syarat tolonglah lepaskan sy cara baik. Hati sy tidak kuat utk hidup
bermadu. Berbalik pada masalah utama sy iaitu suami sy curang, perkara ini sudah 2 kali berlaku..tp mungkin jodoh masih ada, sy dapat hidu perkara ini awal2,
gambar sekadar hiasan
jadi hubungan suami dgn ppuan berkenaan putus. Setiap kali suami buat perangai, sy tidak akan sesekali bercerita kpd mana2 ahli keluarga sy, sebab sy x nak
suami malu@segan kepada keluarga sy..sebaliknya sy akan mengadu kepada keluarga mertua..tetapi apa yg sy dapat..hurmm hnya saya dinasihatkan utk
bersabar..bapa mertua yg sy betul2 harapkan utk menasihati suami, hanya ketawa kecil bila sy mengadu, sebab dia x percaya yg suami ada hubungan dgn ppuan
lain. Sekarang, buat kali ke 3, suami buat perangai lagi!! Untuk makluman, setiap kali dia buat perangai, mmg sy akan pastikan dahulu yg perkara itu betul2
berlaku, bukan tanpa usul periksa..buat masa sekarang, apa yg ada dlm kepala hnyalah utk mmbuat tuntutan fasakh..kalau sudah itu yg terbaik utk sy..sy tidak
mahu menjadi isteri yg berdosa, mencurigai setiap langkah suami, melayan suami tanpa rela dihati..demi Allah sy cintakan sgt2 suami, tetapi dgn apa yg sudah
dia lakukan, hati sy menjadi hancur lumat..dgn rendah hati sy ingin meminta pendapat kwn2 d sini..apa yg harus sy lakukan..sebab bila dah masuk kali ke3, mmg
sy tidak akan mengadu lagi pd ahli keluarga mertua, tp mcm sy bgtau td, mmbuat tuntutan fasakh..
SUMBER
Review Lipstick MIA #Beauty4ALL
7 hours ago
0 comments:
Post a Comment
Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)