Subhanallah ! 15 Rahsia Keajaiban Kaabah Yang Mungkin Kita Tidak Tahu
Assalamaulaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi dan disayangi sekalian. Apa khabar semua? Harini admin nak kongsikan artikel tentang keajaiban dan keunikan Kaabah yang mungkin kita tidak tahu. Berikut 15 perkara merupakan keajaiban yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains :
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. tekanan graviti yang tinggi memberi
kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai
pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah
gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya.
Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh
bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu
terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak
boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak
mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan
graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan
gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah
tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam
walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam
empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan
tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah
secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang
belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah
lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam
semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah
telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di
dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi
Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan
meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang
yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah
simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa
maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali
pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau
menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena
untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah.
Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula
sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan
digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu barulah
bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang
larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan
antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang
yang baik saja akan diterima oleh tubuh .
Wallahualam
0 comments:
Post a Comment
Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)