Pelik Tapi Mengagumkan ! Memiliki Puluhan Kambing Oren

Pelik Tapi Mengagumkan ! Memiliki Puluhan Kambing Oren 

Memang sesuatu yang agak pelik sebenarnya. Sekumpulan kambing yang sedang meragut rumput di ladang kelihatan berwarna oren. Ia bukan seekor, tapi puluhan ekor dan boleh dikatakan semuanya berwarrna oren. Memang pelik! Namun difahamkan ia sebenarnya adalah inisiatif pemilik kambing berkenaan bertindak mewarnakan ternakan mereka untuk mengelakkan kejadian kecurian berulang kembali.


Seorang petani dari Devon, UK telah menggunakan taktik yang agak pelik namun berkesan untuk mengelakkan kambingnya dari dicuri. Kes-kes kecurian ternakan semakin menjadi-jadi semenjak beberapa tahun lepas dan John Heard yang berusia 48 tahun itu telah kehilangan hampir 200 ekor kambing.

Setelah muak dan mati akal dengan permasalahan tersebut John telah mewarnakan kambingnya menggunakan dye berwarna oren dan sepanjang tahun ini, tiada kecurian berlaku.

Idea pelik ini dibuahkan oleh anaknya, James, kerana berpendapat pencuri akan berasa kekok untuk mencuri kambing yang berwarna pelik. Menurut John dye itu tidak memberi kesan negatif kepada kambingnya dan mereka hidup seperti kambing normal yang lain.


Menurutnya lagi, kambing-kambing ini akan lebih mudah untuk dijaga dan senang dilihat apabila dilepaskan di padang ragut. Mereka juga menjadi perhatian orang ramai untuk bergambar.

John yang memiliki sejumlah 250 ekor kambing biri-biri itu berpuas hati dengan hasil idea pelik itu dan turut mencadangkan kepada rakan-rakannya.


Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)