SEKADAR PERKONGSIAN..TIPS SUAMI MENJAGA ISTERI KETIKA DALAM PANTANG

                                         
                                                                 gambar sekadar hiasan

SEKADAR PERKONGSIAN..TIPS SUAMI MENJAGA ISTERI KETIKA DALAM PANTANG | Seawal pagi ketika bangun solat subuh dan bersiap2 utk pergi kerja, panaskan batu tungku/tuam dan rebus mandian isteri.

Budget masa anda. Batu tungku perlu dipanaskan 20minit dgn api sederhana besar. Mandian herba perlu direbus hingga mendidih.

Selesai solat,bungkus batu tungku/tuam dan berikan pada isteri anda. Sang isteri tuam dan tungku badan dahulu dalam tempoh 40min-1 jam.

Ketika isteri bertuam, suami siap2kan mandian herba isteri dalam baldi. Pastikan air panas2 menggigit,iaitu tidak terlalu sejuk atau panas, cukup2 kepanasannya nnti sehingga habis waktu isteri bertungku/bertuam.

Ketika isteri bertuam juga, suami boleh lap,atau mandikan baby.

Jadi dalam tempoh bersiap pergi kerja, isteri sudah mula bertuam,mandi,dan baby pun dh bersih, isteri boleh mula susukan bayi.

Oh ya....kepada suami yang sayangkan isteri, 44 hari breakfast on bed is highly recommended. Cukup air milo/horlick dgn oat atau roti. Dan sedikit buah epal merah. 

Moga kasih dan cinta kalian bertambah, seiring dengan bilangan anak, sebanyak bilangan yang anda korbankan untuk berkhidmat pada isteri. Hanya Allah membalas jasa2 tuan semua. Amin... ♡♥♡♥


Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)