MISTERI KLIA YANG DIKATAKAN BERHANTU++PENGALAMAN PEKERJA KLIA

MISTERI KLIA YANG DIKATAKAN BERHANTU++PENGALAMAN PEKERJA KLIA | Tiada siapa dapat menafikan bahawa KLIA antara lapangan terbang yang dianggap terbaik dunia sehingga menerima banyak anugerah. Namun ada cerita yang kurang enak didengari. Biarpun kesahihannya diragukan, cerita ini mula tersebar. Cerita yang dimaksudkan di sini adalah tentang misteri beberapa tempat di KLIA dikatakan berhantu dan berpenunggu. Kisah di bawah ini diceritakan mengikut lokasi-lokasi yang diceritakan oleh beberapa orang yang dipercayai ‘bertemu’ dengan lembaga misteri. Ikuti kisah di bawah ini.
klia_interior
Nampaknya ramai juga minat dengan cerita mistik dan misteri. Jadi atas permintaan ramai, kami akan terus mencari sumber cerita-cerita misteri dan akan cuba untuk sampai kan sekurang-kurangnya 3-5 entri setiap minggu. Jadi hari ini, kami ingin berbicara tentang KLIA, Lapangan Terbang Penuh Misteri. Sebelum nak berbicara cerita misteri dan sejarah tempat ini. Sebenarnya, (merujuk pada sumber) tapak lokasi ini merupakan sebuah kawasan Orang Asli dan juga terdapat Ladang Kepala Sawit. Walaupun banyak bantahan tentang pembinaan Lapangan Terbang ini, akhirnya ianya siap dibina dan beroperasi dengan cemerlangnya.
Sejarah KLIA dari Wikipedia :
KLIA akhirnya dibuka secara rasmi pada 27 Jun 1998. Lapangan terbang ini boleh menampung sebanyak 35 juta penumpang setahun dan 1.2 juta tan metrik kargo dalam fasa pembinaannya sekarang. Lapangan terbang ini telah menduduki tempat yang ke-13 di dunia dari segi bilangan penumpang asing di mana sebanyak 24,129,748 penumpang telah menggunakan lapangan terbang ini pada tahun 2006. Pada tahun yang sama, lapangan terbang ini juga telah mengendalikan 677,446 tan metrik kargo untuk menduduki tempat ke-30 di dunia dari segi pengendalian kargo.Lapangan terbang ini berkonsepkan “lapangan terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang”. Keadaan ini dapat memberi ketenangan kepada penumpang dan memperkenalkan suasana hutan Malaysia kepada pelancong luar negara.
Semua cerita ini boleh didapati di forum CARI tetapi kami cuma ambil dan kategorikan kawasan-kawasan di KLIA yang mereka di forum nyatakan supaya lebih senang untuk dibaca :
Bilik Maintenance Staf KLIA
-kat dlm maintenance kita org..dah ada ramai gak jumpa..yg nie member aku perempuan dia pernah nampak masa keja shift mlm.ni masa tido la sbb we all on standby if xde problem system boleh la tdo sampai pg..yg member aku jumpa nie budak lelaki yg sorang jumpa kat hujung tilam tgh duk mencangkung ngadap dia kat area kelopak mata tu putih mcm lotong tu..yg sorang lagi sama gak tp betul kat tepi tilam sederet gn kepala member aku nie..member tercelik mata nk pusing masa tido tp tetiba benda tu jenguk betuk2 kat muka member aku nie..yg member nie terus bangun kejut member yg 2 org lg shiftmlm tu suh alihkan tilam terpaksa tido dekat2 gn budak2 lelaki…lepas dia baring kat bahagian lain masa dia org nk lelap balik dengar org jln berlari2 kat tp tilam.member yg lelaki ni suh sume bangun alihkan tilam dr menegak kena melintang lps tu baru ok..benda tu xkacau..
yang pengalam aku sendiri masa mula2 keja kt klia bila tido mlm asyik dengar tapak kaki org jln jer.lps tu pintu bilik maintenance asyik ada org kuar masuk..kita org bila ada org komplain pasal system problem mesti dia org akan cal dulu so we all akan p kat tempat system tu la..yg nie xde org komplain tp pintu tu asyik bukak tutup jer..lps tu benda tu suka jln kat tepi tmpt aku tido..aku tido kat belakang kat area locker…mula2 ingat member asyik amik brg dlm locker..bila tanya member dia kata mana ada bangun pon..xlama lps tu ramai pulak member2 opis duk citer pasal benda nie memang dah lama,…sekarang bila tdo kat bilik tu time shift mlm mesti aku selubung terus gn selimut lps tu tutup muka terus gn bantal.xnk tgk benda2 tu…sbb aku tdo kat tmpat yg member aku jumpa “benda” tu
Gate C
C34 : hmm… penah gak berkampung kat klia tu sbab ada event kena pi sambut delegates dari luar. kul 3 pagi gi jemput org kat gate. kitorang dapat special pass bole pegi sambut kat gate. ada gak ground crew yg citer gate paling hujung C34 ke apo ntah, kengkadang menda tu kaco diorang masa nak prepare gate tu. :L tapi mmg seram laa kul 3-5 pagi tu manusia kurang time tu.
-C21 : mmg kat sat tu sunyi coz biasa pas kul 3 camtuh xde kapal sgt pon..dah tu kdi2 pon kul 1 camtu dah tutup kec ada la 2-3 cafe yg buka..tingat xperien member aku 5-6 tahun lepas. dia keje dept acc utk kedai duty free..opis dia kt atas gate C21, keje dia kira & record total sale for the day so mlm tu nak jd citer dia kena keja sorang coz partner dia cuti, xde org cover..da setel kira2 duit & wat report sumer dia pon standby r nak tdo .(nama dia za)..x lm lps dia lelap tu tetiba dgr suara panggil – ‘za..oh za..’ dia punya la cuak..dah sah2 dia sorg jer dlm opis tu, so dia senyap jer la di balik selimut..lm gak sore tu dok panggil2 dia last2 dia dgr sore tu ckp ‘tido ker..xper lah bye..”..xtdo dia dlm opis tu,trus g surau coz kdg2 ada gak makcik cleaner tdo kt surau tu.. aku dgr dia citer pon meremang..apa taknye siap tau nama tuh..agaknya dah mmg port dia kot opis tu, hari2 org yg sama keje spi tau nama kwn tu..
-C17 : Teringat dahulu semasa kerja dengan malaysia airports niaga.Keja pulak ader shift.Pastu kadang jaga kiosk kat gate C21 atau C17 seram giler:mad: Pastu nak dijadikan citer,ader 1 malam tu sebelum puasa tahun 2007.Aku nak balik dah tgh kemas2 gondola lepas recount duit.Pastu aku g la jumpa mmber aku kat kedai Dunhill..menuju gate C31-C37,masa tu flight Cathay Pacific CX0057 dah 1 jam lebih boarding.Pas g jumpa member aku tuh aku pun g lah toilet near travellator tuh.Aku tgk takder orang lengang gile floor tu:mad:gate pulak sume dah closed.Kuar toilet tu aku terdengar org koll nama aku dari mezzanine floor satellite.Aku tgk takder orang masa tu restaurant Rimba tu pun takder orang…seram gile.
Jalan Raya Sekeliling KLIA
-yg ni plak diceritakan oleh member baik ev…citer ni pon dh lama, tp time tu klia dh buka dh…terjadi kat sedara dia….ev x ingat sedara dia yg pompuan yg laki tu…ev andaikan yg pompuan lah….citernya, tetiap pagi around 3-4 am, sedara dia akan antar asben dia gi keje kat klia tu, bwk anak2 diorg yg tgh tido skali (2 org) letak kat seat blkg…ada 1 pagi tu, on da way nk balik umah(pas dh antar asben dia),tetiba sedara dia tgk ada sorang pompuan rambut panjang duduk kat seat sebelah dia sambil perhati dia….mmg dia kecut giler…tp dia maintain bwk keta tu….sepanjang perjalanan sampai kat umah pompuan rambut panjang tu still dok perhati dia…waktu dia buka pintu gate umah pon, pompuan tu ada lam kete lg dok perhati dia….dia bwk kete masuk umah pun, pompuan tu camtu gak….then, dia pas dia bwk anak2 dia masuk umah, dia mengintai kat tingkap nk tgk pompuan tu ader lg ker tak….x silap lama gak dia tggu, tgk2 pompuan tu menghilang ikut bumbung keta….
-Sebenarnya bukan pengalaman member aku je, tapi aku ada jugak masa tu, dalam satu keta dengan 2 orang member aku. lepas lepak kat bukit tinjau (bukit dekat dengan KLIA untuk tgk kapal terbang turun naik), kami balik ke rumah kawan aku kat sepang. On the way balik tu, dok rancak berborak, radio plak member aku saje kuatkan..masa lalu kat jalan KLIA tu (aku tak hengat kat area mana, tapi berhampiran dengan KLIA), ada kain putih lintas depan kereta kami..memang jelas nampak kain putih macam dok berkibar lalu depan cermin kereta kami.kebetulan aku dok kat belakang, 2 orang lagi member aku dok kat depan, nampak kain tu..terdiam aku jap.ingatkan aku sorang je yang nampak, member aku yang drive tu pun nampak jugak.tu sbb dia tiba2 padamkan radio keta. member aku yg sebelah dia ni, masa kejadian dok toleh blkg borak dgn aku..tu sbb dia tak perasan..lepas je kejadian tu, aku dengan member aku(yg drive) senyap..member aku lg sorang ni pelik sbb tiba2 kami senyap..
Ingatkan lepas dari tu dah tutup buku..tapi malam tu masa aku tido reramai dengan member aku kat ruang tamu, aku dengar member aku(yg drive) tu dok berdialog dengan ‘seseorang’..aku tak dapat tangkap bahasa ‘seseorang’ tu..walhal dua orang yang berdialog tu datang drpd orang yang sama iaitu member aku(yg drive). ‘seseorang’ tu tak sama macam suara member aku, garau skit. aku agak la bahasa yg ‘seseorang’ tu cakap mcm bahasa orang asli. ntah kenapa aku rasa mcmtu..yg aku dengar drpd suara member aku, “aku tak kacau engkau”..member aku siap baca surah hape ntah masa dialog tu..
esok pagi aku tanya member aku, dia sedar tak malam tadi? dia kata tak..Alhamdullillah, lepas je kejadian tu, takde benda-benda yang pelik jadi..
Parking Underground KLIA
-ada org sudah jumpa antu apek kat parking klia mintak duit kecik nak bayar parking…siasat punye sia siasat, rupa2nya apek itu sudah mati bunuh diri kat area situ dgn terjun bangunan (kalo tak salah laaa..) & org yg bernasib baik aje akan ditegor apek ni…
Gate 2
-ustaz ismail kamus dtg klia neh buang hantu kat gate G2…hantu tuh tinggal kat gate G2 tapi kalo mlm2 dia suke kacau staff2 mas yg duk kat ofis hospitality yg kat sblah gate G2 tuh…dia usik2 telinga pastu cuit2 lengan staf2 dlm tuh…kalo u ols dengar citer member aku tuh sure korang pon meremang bulu roma…..:L
Aerotrain KLIA
-hujung thn lepas member aku nak masuk bertugas blk kat satelit lepas ambik time rehat…dr mtb ke satelit kan kene naik aerotrain kan…dia duk dlm gerabak tgh….bile lalu kat terowong dia toleh kat seat kat hujung gerabak lagi 1 dia nampak sorang lembaga duduk tundukkan kepala…rambut panjang sampe kaki…duduk keras x toleh kiri kanan….membongkok..member aku neh trus baca segala mcm ayat2 quran yg dia ingat…dan trus x pandang balik kat tempat mende tuh duduk….aerotrain stop jek kat satelit trus dia berlari keluar…..
Surau dalam waiting Hall (ntah gate mana satu)
-Cite ni experience aku mase skolah dulu2 … aku kalo cuti pendek2 balik umah naik flight je … skolah jauh kt kelantan nun … so ade skali tu … aku nye flight pagi … kul 7 lebey kalo x silap … so awal2 lagi kena check in la … ari tu aku balik sorg2 sbb aku x balik time cuti balik bermalam (dak2 mrsm bese nye x ley balik ujung minggu kecuali cuti balik bermalam) … ada family emergency time tu …
Sebelum subuh parents aku da anta aku gi KLIA … aku ni dulu2 kalo time nk balik asrama … aku nk cepat2 check in sbb kalo lame2 tunggu ngn family aku rase sedey2 … hehehe … bese la x biase dok berjauh ngn family sblm ni … kalo KLIA tu da check in … pagi2 sunyi … walopn time tu da lebey kurang time subuh … still x de org … pas da check in … aku lepak kt surau yg kt dlm tu … tp mase aku solat subuh … something yg aneh ar berlaku … aku cm dengar bunyi paip terbuka cm oprg berwudhu’ … pastu mase aku rakaat kedua … aku dengar org takbir “Allahu-Akbar” nk start solat n sentuh bahu aku cm masuk masbu’ nk solat berjemaah la … aku pun cm lek2 je la … smayang cm bese … imamkn la ‘org’ tu … tp bile aku bagi salam … aku tgk x de sape sebelah or belakang aku :funk: :funk: :funk: :funk: …
Aku ni ape lagi … cepat2 baca doa … terus kuar surau tu … cm kelam2 kabut ar … pastu mase aku kuar … ade org masuk surau tu … staff klia kot sbb pakai uniform … dia tanye nape aku kelam kabut … aku x sempat nk ckp ape2 … dia terus senyum … ckp “pagi2 ni bkn manusia je yg bersolat … jin Islam pun ada dik” … aku senyum kambing je la … pas da siap2 pakai kasut … aku terperasan aku tertinggal 1 beg dlm surau tu … aku masuk balik nk amek … tp surau tu da kosong … brader yg tegur aku td tu pn da x de … so sape yg ckp ngn aku td
Jungle Walk (Bilik Intai)
area taman tu namanya jungle boardwalk. menurut urban legend yang diceritakan oleh kawan ash, kat situ ada kubur orang asli yang tak boleh dipindahkan. so diorang buat la cam konsep taman dalam airport :lol:taktau la kebenaran citer ni api awal tahun aritu memang jungle boardwalk ni ditutup sebab ada kes histeria. skang ni baru bukak balik. tapi memang are kat bangunan satellite ni feymes di kalangan staf KLIA sebagai building paling berhantu. kalau staf2 yg penah keje floor kat sini dulu citer memang seram kalau syif malam kat sini especially bila takder flight. tersangat la sunyi dan bermacam2 penampakan ada ;P
Tingkat 5, Tempat Berlepas.
lagi satu kisah benar yang diceritakan oleh sorang senior staf. hehe. kalau korang perasan la kan, kat level 5 main terminal building tu ada cam malaysia airports buat exhibit sikit (structure kaler oren kat gate 3/4 tuh). dulu ada satu gambar kat situ, boleh tengok cik pon. gambar tu gambar salah satu air terjun kat malaysia ni pastu punyala feymes gambar cik pon ni sampai ramai gila org nak tengok tiap2 hari.
tapi skang ni diorg dh tukar gambar tu sebab macam dh jadi rusuhan plak. staf yang citer kat ash ni cakap dia sendiri pegi tengok gambar cik pon tu. memula memang tak perasan tapi sekali bila dh ‘nampak’, memang seram giler. sebabnya cik pon tu betul2 pandang kamera so memang cam cik pon tu tengah tengok kita la. sampai ada yang histeria katanya.. :L teringin gak ash nk tgk gambar tu tp xder sapa tau mana pg dah. structure tu still ada tp gambar semua dah totally different skang :(
Bilik Satelit
Satu kes lg mmbe aku nmpak ada sorang bdk lambai2 kat dia dari jauh dkt celah pintu, lorong kemana ntah. Pelik jgk mcm mana bdk bole masuk satellite lg2 tpt kawasan larangan. Apatah lg tgh2 mlm masa tu. Mmbe aku pn kejar la bdk tu.. Bila smpai situ bdk tu dh hilang. Mmbe aku masuk la lorong tu, mmg sunyi giler la(aku pn x pnah lalu situ) bilik2 yg ada dlm tu sumer dah x beroperasi. Sorg staff engineering yg kebetulan lalu berdekatan area situ bgtau, hantu bdk tu la yg byk mengganggu staff2 dlm bilik tu bbrp thn dahulu. Apalagi, terus demam mmbe aku 3hari..
p/s : kesahihan cerita tak dapat dinafikan. Tetapi banyak lagi sebenarnya cerita di KLIA ini seperti antaranya depan KFC tetapi ceritanya agak kurang releven. Jadi apa-apa korang jangan rasa takut, kuatkan iman anda.

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)