MISTERI KERUSI BERGERAK DI SEBUAH SEKOLAH DI KELANTAN++Dinasihatkan AWAS!!! Boleh Memudaratkan Diri

                                          
                                                     Gambar sekadar hiasan

MISTERI KERUSI BERGERAK  DI SEBUAH SEKOLAH DI KELANTAN++Dinasihatkan AWAS!!! Boleh Memudaratkan Diri | Kisah ini berlaku lebih kurang 4 tahun lalu di salah sebuah sekolah di kelantan..

Sekolah itu boleh tahan juga seram sejarahnya kerana semasa pembinaan bangunan baru sekolah tersebut terdapat pekerja yang meninggal dunia dalam keadaan ngeri kerana dihempat oleh kayu yg diangkat oleh kren sehingga otak bergelimpangan..selain itu,sekolah ini juga berhampiran dgn kubur..

Kisah yang saya ingin ceritakan ini bermula apabila seorang daripada pelajar telah terbuang air besar ketika duduk diatas kerusi yang digunakan olehnya,jadi guru-guru telah mengarahkan kerusi tersebut diletak didalam tandas pelajar lelaki..

Peristiwa seram berlaku apabila seorang pelajar telah masuk ke dalam tandas tersebut,mula-mula pelajar tersebut mendengar satu bunyi benda ditarik SREEKkkk srekKk..pada awalnya dia tidak mengendahkan bunyi tersebut..
Tapi keadaan menjadi semakin teruk apabila kerusi tersebut bergerak dan seolah-olah menerkam beliau..pelajar itu lari keluar dari tandas dalam keadaan ketakutan dan memberitahu rakan-rakannya..

Rakan-rakan pelajar tersebut pergi ketandas itu untuk menyaksikan peristiwa tersebut dan lebih mengejutkan apabila kerusi tersebut seolah-olah menerkam orang-orang yang cuba mendekatinya

Pelajar-pelajar yang ketakutan telah memberitahu para guru,
Ustaz yang mengajar sekolah tersebut telah mengunci pintu tandas tersebut serta menyuruh pelajar meninggalkan
 kawasan tersebut.

Keesokkannya kerusi itu telah dibersihkan dan tiada lagi peristiwa seram yang berlaku pada kerusi tersebut
,tetapi pelajar masih takut untuk menggunakan kerusi tersebut.
Terima kasih.


Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)