KISAH BENAR PENDERITAAN SEORANG KAKAK DI ROGOL ADIK KANDUNGNYA SENDIRI



                              GAMBAR SEKADAR HIASAN

KISAH BENAR PENDERITAAN SEORANG KAKAK DI ROGOL ADIK KANDUNGNYA SENDIRIKisah hitam Afidah berlaku pada satu malam di bulan februari 2009, sewaktu dia tidur bersendirian di biliknya. Adik lelaki yang hanya muda setahun daripadanya menyelinap masuk dan menutup mulutnya, adik yang pernah dibelai sewaktu kecil itu mengugutnya supaya jangan menjerit atau dia akan dicederakan. Malam itu juga keperawanannya diragut dengan kejam. Bukan sekali, malah malam-malam seterusnya adik durjana itu datang lagi menginginkan sesuatu yang amat dilarang di sisi agama. "Dia mengugut jika saya beritahu emak, dia akan buat lebih teruk lagi. Dia pandai berlakon setelah melakukan perbuatan terkutuk itu, dia boleh berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku antara kami pada siang hari," ujar gadis yang berasal dari pantai timur itu.

Afidah akui adik lelakinya itu paling nakal dan degil dalam keluarga. Dia berkawan dengan budak-budak nakal dan sering ponteng sekolah. Namun dia tidak jelas apakah faktor yang mendorong adiknya bertindak di luar batas kemanusiaan itu. Sehinggalah pada suatu hari apabila dia mengadu sakit perut lalu emak membawanya  berjumpa doktor. Alangkah terkejutnya apabila dia disahkan hamil enam bulan. "Emak terdiam, hanya air mata yang berjurai dari kelopak matanya. Ayah pula beristighfar panjang.


"Akhirnya saya bongkar satu persatu perbuatan adik dengan juraian air mata. Emak juga tidak dapat menahan sedih, mungkin juga dia hiba kerana anak yang dibelai dan dibesarkan dengan didikan agama yang sempurna sanggup menconteng arang kke mukanya." Adiknya mengaku atas perbuatan terkutuk itu. Mereka sekeluarga berbincang dengan saudara terdekat lalu Afidah dihantar ke sebuah rumah perlindungan agar dapat menyembunyikan janin yang makin membesar di dalam perutnya. Impian Afidah untuk menduduki peperiksaan PMR pada penghujung tahun lalu juga hancur kerana semasa kawan-kawan lain sedang memerah otak di dalam dewan peperiksaan, dia pula sedang menuggu hari untuk melahirkan anak


"Emak cerita ada kawan-kawan yang datang bertanya tentang saya tapi dia terpaksa berbohong. Cikgu juga ada bertanya kenapa saya tidak mahu menduduki peperiksaan tapi emak cakap saya sudah tidak mahu sekolah," tambah Afidah yang terlalu rindu dengan alam persekolahan dan bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Ditanya adakah perkara ini sampai ke tangan pihak berkuasa, kata Afidah kalau diikutkan memang dia tidak dapat memaafkan perbuatan adik lelakinya itu tetapi perkara telah pun berlaku. 

"Keluarga tidak mahu besarkan perkara ini sebab ayah bimbang akan menjadi buah mulut orang. Lagipun saya sedang belajar memaafkan perbuatan adik, lepas raya Aidilfitri lalu ayah telah hantar dia mengikuti pengajian di sekolah pondok. Saya yakin adik akan berubah." Kini Afidah baru sahaja kembali ke kampung halamannya. Dia belum merancang tentang masa depannya, namnu berharap agar dapat menyambung pengajiannya yang terhenti separuh jalan dan mahu mengejar cita-citanya. Dia tidak ingin lagi menoleh ke belakang.

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)