MESTI TAHU... Bekas awek zaman sekolah sudah berdikari ++ SEKADAR PERKONGSIAN
Tajuk kat atas ada cam gempak tak? Admin tak tahu nak tulis tajuk macamana sebab karakter limit sangat sebelum dia letak 3 noktah (...), cuma admin ada 3 persoalan dalam percintaan buat para pembaca.
1. Bekas awek aku kekasih sahabat baikku.
Kau ada seorang sahabat baik. Duduk satu rumah sewa, satu bilik, satu katil, satu selimut, ke mana kau pergi mesti dia ada, makan sama pergi kelas sama belajar sama bak kata orang memang macam adik beradik. Satu hari kau couple dengan sorang awek, dan awek ko tu pun baik dengan sahabat baik ko tu. Selalu juga la korang bertiga lepak sama2 kat library, pergi makan sama2 dan sebagainya. Beberapa bulan lepas tu atas sebab2 tertentu, ko dengan awek ko clash, break-up, putus, noktah, tammat, the end. Yang lagi bestnya nak dijadikan cerita, tak berapa lama lepas tu korang dapat tahu yang ex-awek korang dah couple dengan sahabat baik korang tu. Apa perasaan korang? Adakah korang akan:
A. Berpatah arang berkerat rotan dengan sahabat baik dan ex-girlfriend ko tu.
B. Pendam segala kesakitan dalam hati, buat bodoh saja dan berkawan dengan diorang cam biasa.
C. Tak kisah langsung siap bagi moral support lagi pada mereka.
D. Tumbuk muka kawan baik ko lepas tu upload klip 3gp diorang kat Internet.
A. Berpatah arang berkerat rotan dengan sahabat baik dan ex-girlfriend ko tu.
B. Pendam segala kesakitan dalam hati, buat bodoh saja dan berkawan dengan diorang cam biasa.
C. Tak kisah langsung siap bagi moral support lagi pada mereka.
D. Tumbuk muka kawan baik ko lepas tu upload klip 3gp diorang kat Internet.
2. Wanita independent VS dependent.
Perempuan yang berdikari ni boleh hidup tanpa perlu bergantung dan berharap pada orang lain. Campak la kat mana2, diorang boleh survive, boleh drive kereta sendiri, kalau kereta rosak boleh uruskan sendiri, kalau kerja boleh belajar sendiri, kalau takde duit pandai cari sendiri, kalau dah kawin pergi kerja drive sendiri, masa nak bersalin tu boleh beranak sorang2 dalam labor room tanpa ditemani suami dan bercucuran air mata, bak kata orang, hati kental umpama batu.
Manakala perempuan yang bergantung ni memang hidupnya sejak dari kecil asyik bergantung dan berharap pada orang lain. Masa kecil asyik bergantung pada mak bapak dan abang kakak, bila masuk universiti pula selalu bergantung harap pada pakwe dan rakan2, nak pergi mana2 minta tolong pakwe bawakkan, nak pergi library kena berteman, nak buat assignment kena mintak pakwe buatkan, bila dah kawin kalau nak pergi kerja suami yang kena hantarkan, ada apa2 masalah kecil seperti nampak lipas pun mintak suami tolong pijakkan dan lain2 lagi contoh, bak kata orang, hati lembut umpama kapas.
So kalau diberi pilihan antara perempuan yang terlalu independent (berdikari) ataupun yang terlalu dependent (bergantung), mana satu yang korang lagi suka dan akan pilih? Oh ya pilihan ada 2 saja ya, sebab kalau tak beri pilihan admin tahu mesti ramai yang akan pilih tengah2, tak terlalu independent, tak terlalu bergantung.
So kalau diberi pilihan antara perempuan yang terlalu independent (berdikari) ataupun yang terlalu dependent (bergantung), mana satu yang korang lagi suka dan akan pilih? Oh ya pilihan ada 2 saja ya, sebab kalau tak beri pilihan admin tahu mesti ramai yang akan pilih tengah2, tak terlalu independent, tak terlalu bergantung.
3. Couple masa zaman sekolah.
Admin telah survive zaman persekolahan admin tanpa pernah bercouple dengan mana2 awek kat sekolah admin. Bukan nak kata admin tak minat kat perempuan masa tu, biasalah orang lelaki, minat, crush, secret admirer kat awek tu mesti ada terutama bila dah start akil baligh. Tapi yelah, nak buat macam mana, bukan sebab tak nak ngurat awek ke apa, tapi sebab mak bapak admin sangat straight, malah kalau admin ada kawan dengan perempuan pun mesti mereka akan tanya macam2 mengalahkan CSI. Disebabkan tu zaman sekolah memang admin tak pernah bercinta, sebab takut dengan mak bapak. Tapi ada je member admin yang couple2, tapi masih lagi nyorok2 dan merahsiakan percintaan monyet diorang sebab takut mak bapak dan cikgu2 tahu yang diorang couple. Tapi apa yang pasti semua 100% kawan2 admin yang couple waktu sekolah sekarang dah kawin dengan orang lain.
Itu mungkin cerita zaman persekolahan admin 15 20 tahun yang lalu. Admin bukan nak cakap apa, tapi admin perhatikan sekarang ni, banyak blog budak2 sekolah ada yang baru form 2 form 3, dekat sebelah kanan dia mesti ada gambar dia, dekat bawah tu ada tulis STATUS: TAKEN BY *****, pastu bawah tu ada gambar balak diorang pulak dan tulis juga STATUS: TAKEN BY ME. Admin bukan nak busy body ke apa dengan percintaan korang tu, tapi WTH man? Kalau yang dah lepas sekolah atau mahasiswa/mahasiswi tu admin boleh tahan lagi, tapi ini budak2 sekolah! Siap ada yang secara dengan secara terus terangnya boleh beritahu kisah percintaan korang satu dunia. Tu belum kira yang kat Facebook siap letak Status: In a Relationship with (nama pakwe/makwe diorang), jangan kata tu, yang letak status Married pun ada...
WHAT'S WRONG WITH YOU PEOPLE??? Diorang tak takut ke mak bapak diorang, budak2 sekolah diorang, cikgu2 diorang tahu? Ke mak bapak diorang, cikgu2 pun tak kisah? Siap ada je yang aku baca dulu mak bapak benarkan je anak dia dengan kekasihnya keluar bersahur kat luar tengah2 pagi sampai anak dia kena bakar, ada yang siap nak murtad dan bunuh diri hanya sebab kena tinggal awek, pastu yang baru2 ni kes pelajar wanita jatuh apartment dan dikaitkan dengan pakwe dia. Tu belum lagi yang dah la couple, bagi pulak dara kat balak dia, lepas tu maki pulak jantan yang hilangkan dara dia kat twitter.
So pesanan admin pada budak2 yang masih bersekolah lagi yang terbaca kat sini, tak payah la nak bercintan cintun sangat. Awak tu hidup pun masih bergantung pada mak bapak lagi, akal pun belum cukup matang untuk bercouple2, silap hari bulan boleh makan diri. Tak cool pun kalau ada pakwe/makwe ni. Fokus pada pelajaran tu lagi penting. Tak rugi kalau tak bercinta zaman sekolah, tapi amat rugi kalau tak belajar zaman sekolah dan dapat result yang buruk. Pendidikan negara kita ni sangat exam-oriented dan sangat mementingkan result peperiksaan yang bagus. Suka tak suka kita terpaksa terima dan hadapinya.
So admin nak tanya balik, perlu sangat ke bercouple masa zaman sekolah? Kalau ya, apa alasannya?
So admin nak tanya balik, perlu sangat ke bercouple masa zaman sekolah? Kalau ya, apa alasannya?
0 comments:
Post a Comment
Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)