MESTI BACA.. TIPS MENABUNG UNTUK ORANG BUJANG
Hasrat hendak membuat simpanan kadang-kadang tidak terlintas dalam fikiran segelintir orang bujang. Jadi, atas sebab itulah orang bujang adalah antara golongan paling banyak berhutang berbanding mereka yang berkeluarga.
Adalah dicadangkan orang bujang menabung sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan bulanan mereka. Bagaimanapun, lebih baik kalau kita boleh menyimpan 15%-20% daripada gaji kita kerana kita akan mempunyai lebih banyak duit di masa hadapan.
ikuti tips dan nasihat nie ye ..
1. MENABUNG SEBELUM BERBELANJA
* Menabung secara automatik dengan menggunakan skim potongan gaji, auto debit atau cara lain sepertinya.
2. DORONG DIRI DENGAN SASARKAN MATLAMAT
* Tetapkan matlamat yang bermakna dan penting untuk menggalakkan diri kita menabung
* Kita boleh menetapkan matlamat jangka pendek, sederhana dan panjang
3. JADIKAN TABIAT
* Selepas membuat simpanan 10% daripada gaji kita, cabar diri untuk meningkatkan tabungan secara beransur-ansur
4. SIMPAN SEBAHAGIAN ' DURIAN RUNTUH'
* Setiap kali terima duit seperti bonus atau wang tunai, masukkan sebahagian wang tersebut ke dalam akaun simpanan.
* Kalau kita menerima kenaikan gaji, tingkatkan jumlah simpanan bulan anda
5. MENABUNG UNTUK KECEMASAN
* Tabungan kecemasan digunakan untuk menampung perbelanjaan kalau kita kehilangan kerja atau mengalami masalah kesihatan serius dengan tiba-tiba atau kos membaiki kerosakan rumah dan kereta
0 comments:
Post a Comment
Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)