MENARIK...10 Gambar Haiwan Berkepala Dua Yang Kita Jarang Jumpa

MENARIK...10 Gambar Haiwan Berkepala Dua Yang Kita Jarang Jumpa | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.Biasalah, manusia suka dengan benda-benda yang amat jarang berlaku dan dianggap pelik.
Kali ini, pingin berkongsi pula tentang 10 haiwan pelik berkepala dua. Bagi kita pelik, bagi DIA yang Maha Pencipta, apalah sangat nak cipta makhluk sebeginikan? 10 kepala pun tak menjadi masalah. Jadi, jom kita tengok makhluk yang dijadikan dengan dua kepala.

1. Buaya Berkepala Dua
buaya kepala dua 300x231 Fuh! 10 Haiwan Pelik Berkepala Dua
penulis perkenalkan dulu dengan haiwan yang paling menakutkan dalam senarai ini iaitu buaya berkepala dua. Ia dijumpai di Thailand. Bila tengok buaya dengan saiz mini ni, nampak comel pulak. Hehe

2. Penyu Berkepala Dua
penyu berkepala dua 300x179 Fuh! 10 Haiwan Pelik Berkepala Dua
Penyu boleh dianggap haiwan yang paling tidak berbahaya di dunia. Penyu berkepala dua ini dijumpai di sebuah kedai haiwan peliharaan di Florida dan dihantar ke pusat perlindungan haiwan. Hidup lama penyu ni.

3. Anak Lembu Berkepala Dua
anak lembu berkepala dua 300x201 Fuh! 10 Haiwan Pelik Berkepala Dua
Anak lembu ini dilahirkan di US dan dinamakan Star sempena mempunyai dua kepala tetapi hanya sepasang mata. Khabarnya, anak lembu pelik ini hidup dengan sihat sekarang. Adus, comel sungguh!

4. Anak Kucing Berkepala Dua
anak kucing berkepala dua 300x255 Fuh! 10 Haiwan Pelik Berkepala Dua
Makhluk Allah yang sangat comel ini mengiau dengan kedua-dua mulut secara serentak tetapi makan dengan salah satu daripadanya sahaja. Ia dilahirkan sedemikian akibat daripada komplikasi kucing semasa melahirkan. Ya Allah, ingatkan manusia sahaja yang berdepan masalah ingin beranak ni.

5. Ular Berkepala Dua
ular berkepala dua 300x202 Fuh! 10 Haiwan Pelik Berkepala Dua
Tak tahan penulis melihat gambar ni. Geli. Ular yang menakutkan ini dijumpai di zoo Columbia. Panjangnya adalah 25 inci. Kalau terserempak dengan beliau, minta mengucap dan ingat Allah selalu.

6. Babi Berkepala Dua
babi berkepala dua 300x195 Fuh! 10 Haiwan Pelik Berkepala Dua
Haiwan ini diharamkan untuk orang Islam tapi dia tetap makhluk Allah. Jangan dia dibenci. Orang Cina menganggap babi adalah rahmat dari Tuhan. Apabila babi berkepala dua ini dijumpai, ia dianggap rahmat yang berlipat kali ganda!

7. Gecko Berkepala Dua
gecko berkepala dua 300x234 Fuh! 10 Haiwan Pelik Berkepala Dua
Gecko adalah sejenis cicak kecil. Ia dalam kategori reptilia. Geli sungguh. Ia berlendir dan bergerak-gerak. Dijumpai di sebuah kedai barangan antik di China. Macam manalah reaksi orang yang menjumpainya. Kalau Teacher Muja, mungkin tak makan tiga hari. Huhuu

8. Kambing Berkepala Dua
kambing berkepala dua 300x199 Fuh! 10 Haiwan Pelik Berkepala Dua
Cantik pula bila dilihat banyak kali gambar ni. Kambing berkepala dua ini dilahirkan di Iceland dan orang ramai tidak tahu macam mana keajaiban ini berlaku. Malangnya, kambing ini tidak berdaya mengangkat kepalanya sendiri. Kesian pulak. :’(

9. Belalang Berkepala Dua
belalang berkepala dua 300x194 Fuh! 10 Haiwan Pelik Berkepala Dua
Belalang berkepala dua sebenarnya tidak dianggap sebagai sesuai yang pelik bukanlah kesan daripada eksperimen yang dijalankan oleh saintis. Jadi, belalang ini juga tidak mempunyai ekor! Hebat!

10. Ikan Berkepala Dua
ikan berkepala dua 300x189 Fuh! 10 Haiwan Pelik Berkepala Dua
Ikan di dalam gambar di atas dijumpai oleh dua nelayan muda berdekatan dengan Alberta. Sepertinya ia adalah hasil daripada mutasi yang telah rosak dengan teruk dan penulis sendiri terfikir, mungkinkah ini satu-satunya ikan berkepala dua? Mungkin banyak lagi yang kita tidak jumpa.
Pelik? Hebat? Ajaib? Menakjubkan? Semua mungkin bila Allah berkehendakkan sesuatu. Bila Dia berkata Kun Fayakun. Maka, semua perkara menjadi mungkin. Cuma Allah datangkannya dengan bersebab untuk bagi nampak natural. Mungkin perubahan gene, mutasi, eksperimen, radiasi, dan sebagainya. Wallahu a’lam.
Wassalam.

sumber

Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)