KISAH KEJAM TERLAMPAU++MANUSIA TIDAK BERHATIPERUT


KISAH KEJAM TERLAMPAU++MANUSIA TIDAK BERHATIPERUT | Ini kisah benar yang berlaku di China pada 3 Julai yang lepas. Alkisahnya, Deng Jinjie, 27, membawa anjingnya bersiar-siar di sungai. Tiba-tiba, Deng terdengar suara orang meminta pertolongan. Rupanya-rupanya, 3 sekeluarga sedang lemas dihanyut arus deras.
Tanpa berlengah, Deng terjun menyelamatkan mereka bertiga. Namun, Deng tiba-tiba mengalami kekejangan lantas tenggelam dalam sungai. Tak tahu dengan nasib Deng, 3 mangsa lemas yang diselamatkan oleh Deng tadi mengambil keputusan untuk meninggalkan tempat kejadian. Orang ramai menahan mereka, namun, mereka menjawab itu bukan masalah mereka. WTF!!


Kisah Kejam Terlampau Dari China

Pihak penyelamat meneruskan operasi bagi mencari mayat Deng Jinjie. Akhirnya, mereka berjaya menemui Deng. Namun, Deng sudah tidak bernyawa.

Adik Deng tidak dapat menerima kenyataan bahawa Deng telah pergi buat selamanya.

Apa yang lebih mereka kesalkan, tiga jahanam yang Deng selamatkan itu langsung tidak mempedulikan keadaannya.


Laporan menyatakan bahawa Deng Jinjie merupakan seorang buruh binaan yang suka memelihara anjing. Kesian Deng. Kalau tahu, baik dibiarkan mati saja 3 jahanam tu.

sumber
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)