KEJAM..ISTERI LETAK CECAIR PELUNTUR DALAM UBAT TITIS SUAMI | MICHIGAN : Seorang suami berair mata selepas bergaduh dengan isterinya. Matanya berair bukan kerana sedih dengan pergaduhan itu sebaliknya kerana isterinya memasukkan peluntur dalam ubat titis matanya.
Isterinya, Kristy Ryan McDermed telah menukar ubat mata suaminya itu pada pertengahanOktober lalu.
Nasib baik, insiden itu tidak menyebabkan kerosakan kekal kepada mata lelaki berkenaan, meskipun dia menahan kesakitan yang amat sangat.
“Dia dapat merasakan bau terbakar.
“Saya tidak pernah melihat kes seperti ini sepanjang 18 tahun saya bekerja, Sungguh menakjubkan bagaimana mangsa hanya mengalami kecederaan ringan,’’ kata jurucakap polis.
Berikutan itu, Kristy telah dihadapkan ke mahkamah dan dia kini berdepan dengan hukuman penjara maksimum 93 hari dan denda $500 dolar.
Polis bagaimanapun menyiasat dakwaan Kristy bahawa dia adalah mangsa keganasan rumah tangga.
0 comments:
Post a Comment
Takkan bace je kot. Cerr bagi pendapat sikit :)